Wednesday 23 October 2013

What a sheep!

 Could not believe my eyes when I see this picture photographed by Andres Beregovich for National Geographic Your Shot.  He was wandering through Isla Riesco (now where is this place?) when he bumped into this forgotten ranch.  He asked whether he could photograph some of the processes and could not believe the size of this sheep when he first saw it.  He almost couldn't take the picture because he was so impressed by this 140 kg sheep (about 300 lbs)!  - from 10 fascinating photos from around the globe.  Sekali tengok macam seekor beruang besar ...kalau buat korban ni nok boleh muat duo kawoh besar hehe..

Another awesome photo entered in the same category as above...a photo by Graham McGeorge.

 As captioned by the photographer, this is an Eastern Screech Owl that likes to take over woodpecker nests that have been dug out over the years in pine trees.  MashaAllah.. a truly awesome camouflage!

Monday 7 October 2013

When there's only the two of us...BUDU!

For more than nothing else am putting up pictures of a humble lunch meal since the children are no more at home.  A meal just sumptuous for old folks like us - the 'man of the house' (MOTH) and yours truly.    

 I am giving the 'man of the house' a free hand writing down the appetiser/dipping sauce he adores most...mind you due to his 'age' (hate it when anyone refers him now as 'warga emas') he cannot enjoy this heavenly sauce as much as he likes...that's the price of being a 'warga emas'...sad 'sighhhh'.

Apa lagi budu sambal durian makanan tradisi semenjak kanak kanak. 

Tradisi orang Kelantan kebanyakannya suka makan budu tak kira peringkat usia. Budu boleh dikatakan makanan atau lauk yang 'berketurunan' kerana kalau ibu bapa tak makan budu anak anak pun ikut tak makan budu (kebanyakan). Ada juga di antara orang Kelantan yang 'action' tak suka budu... malu kerana budu makanan yang tak ada 'kelas'. 'Style' atau cara makan budu ini berbagai ikut citarasa masing masing bergantung kepada habit ibu bapa atau sesiapa yang menghidang budu. Makan budu dikira tidak lengkap tanpa asam limau nipis atau asam kerat lintang (ase kerat lete) bawang, lada burung dan ikan panggang tawar. Lebih menarik lagi dimasukkan tempoyak atau sambal durian. (titik air lior aku).  Semua ramuan ini digabung atau sebagai pencicah dengan ulaman bergantung kepada sipemakannya. Ada orang suka makan cara yang agak 'tertib' sikit iaitu ramuan tadi tidak digaul dan dicicah sedikit sedikit dengan ulam dan ikan. Budu sebenarnya tidak sedap kalau dihidang terlalu banyak dalam pinggan. Ianya lebih sedap kalau ditambah sedikit sedikit semasa makan (mungkin orang tak percaya...cubalah). Ada juga orang kata budu ini lebih sedap kalau kita makan sisa lepas orang lain makan. HAI ...BUDU...BUDU...BUDU...Gaya yang tak sanggup aku telan apabila makan budu dengan seorang sahabat yang tinggal serumah (masa bujang-bujang dulu merantau di KL). Apabila mula makan dicubit ikan panggang banyak banyak dimasukkan dalam pinggan budu dan dipenyet habis habisan sampai tak nampak budu. Di saat itu aku terus hilang selera..tengok saja tak jadi nak makan. Nak ambil pinggan budu lain...tak tergamak pulak..(pengalaman makan budu yang tak dapat dilupakan seumur hidup).


Disini budu dan ulam petai rebus bersama bayam praksi (mungkin jadi ubat ....apa..kena cek). Budu boleh diproses sendiri. Budu asli yang belum di masak ditapis dan dimasak dengan campuran cili boh, asam jawa,dan 'nnisae (gula melaka) secukup rasa....adjust sendiri.

Ends the meal with a bit of dessert...pulut durian with santan yum yum yummy! 

Wednesday 2 October 2013

43 perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau penyebab ditimpa kesusahan




Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.  Tidak sembahyang atau solat.

2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3.  Makan atas pinggan yang terbalik.

4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6.  Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7.  Suka bersandar pada pintu rumah.

8.  Suka duduk di atas tangga.

9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. Tidak membersihkan rumah.

12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. Suka tidur di atas muka.

15. Membakar kulit bawang.

16. Menjahit baju yang sedang dipakai.

17. Mengelap muka dengan baju.

18. Berdiri sambil bercekak pinggang.

19. Tidur tidak memakai baju.

20. Makan sebelum mandi hadas.

21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. Lambat pulang dari masjid.

24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. Suka memadam pelita dengan nafas.

27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. Memakai seluar sambil berdiri.

31. Memakai serban sambil duduk.

32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. Makan dengan menggunakan dua jari.

34. Berjalan di antara kambing.

35. Berjalan di antara dua perempuan.

36. Suka mempermainkan janggut.

37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. Suka menggigit kuku dengan mulut.

40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. Menguap ketika solat.

43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

*Text berwarna biru merupakan perkara-perkara yang kerap kita terbuat.


Satu perkongsian yang diterima melalui emel ...Jazakallah Khairan Kathira Norliza Abdul Razak...

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...