Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Sunday, 27 August 2017

akhirnya..terlaksana jugak hajat Dinner @ Rebung!


Sudah beberapa kali rancang semasa ke KL hendak ke Restoran Rebung tak kira lah makan tengahari atau makan malam.  Tuan punya restoran pun dah berkali-kali jemput seleke lah ke restoran dio ni..semasa restoran ni di Jalan Maarof Bangsar lagi...talk jadi2 nok gi nyo sokmo, sapa lah awal bulan Mei 2017 baru ni baru lah boleh jijok kaki ke restoran Mail ni...oops...Dato' Chef Ismail Ahmad.  Berasa segan pulok lah ko Mail mugo dio pangkat Dato' loni..mugo kenal ni dio jak dio mudo-mudo ting ting lagi lah...maso samo-samo kerja dengan dio di Nestle Jalan Brickfields zaman dulu-dulu nuh...nok akhir-akhir tahun tujuh puluhan lagi.  Bangunan Nestle pun takdok situ doh...doh jadi KL Sentral loni.  Maaflah dok beso panggil dio Mail so lekat gitu lah panggilan ko dionyo..memang rapat benar friend dengan dio dulu...maklumlan satu ofis gak dio pulok jenis suko buat kelakar sokmo.  Perangai dio pah ko loni supo tu jah...mesra alam dengan semua oghe.  Dulu bos2 hok kito tok suko masa di Nestle dio boleh buat saing ko dio..pelik sungguh!  Nok oyak cerito xjupo dengan Mail ni lamo benar...tok termasuk duk tengok dio dalam rancangan masakan TV tu..lebihkurang 37 tahun tapi telefon tu ado lah jarang-jarang sangat.  Baguslah Mail...you reach this far in your career dah jadi celebrity chef sohor..so proud of you!

Dinner di sini pun dirancang oleh my daughter yang sudoh acak kali makan di sini, ofis dio selalu buat dinner or lunch di sini.  Kebetulan malam tu anak ada office dinner event so kita tumpang sekaki lah ke sini..contact Mail dulu nak pergi restoran dia ni..bawak suami and anak cucu sekali.  Baik hati sungguh Mail diberinya kita semua makan2 sambil bersantai dalam Bilik VIP ... segan jugok nok masuk makan ssitu!  Kito oghe biaso2 jah...kkejut smeta tengok dio letok namo kito dalam bilik tu..hahaha..daghak xhabih lah ambo ni..


Suko tengok decoration ala kampung2 di Rebung
dengan rakan kongsi beliau
namo kito ttebeng atah mejo



The spread...sikit jah amik gambar makanan, banyak lagi di luar restoran tu ado gerai macam2...malu nok amik gambar kut napok nyungguh pulok..

 Catching up with Mail on old acquaintances at Nestle...nostalgia betul masa ni
 my sweet grandson tu..
 first meeting with Florence Tan, tengok dio dalam tv jah dulu...rupa2nya dah jadi kawan baik Mail







one for the memory..my family with Mail

A recent picture of Dato' Mail with my brother and sister-in- law at Rebung.  I need to mention that Mail has only met once my brother when I was staying in Kampung Baru in 1980...he was visiting me that time when I was busy preparing to come back to work in KB...amazingly he recognized and remember my brother when  he went for lunch at Rebung.  Well..that's Dato' Chef Ismail Ahmad who is always humble, to me he does not change a bit from whence I knew him...Semoga sentiasa maju dalam bidangnya...In Shaa Allah!

Monday, 17 March 2014

Makanan Dok Jupo di KB

Gapo ni?  This question popped out of my mouth when a plate of this greenish squeamish look-alike alien eggs (it looked alien to me) was placed in front of me at an open air restaurant somewhere near the waterfront of Kota Kinabalu.  Later back at home while watching an episode of Island Feast with Peter Kuruvita and he was using exactly this alien eggs..oh now I know it is Sea Grapes, that's what Peter said...it can be found along the shores of islands. The taste is of course salty. 


Another new one for me...fried bananas with cheese on top...sedap wohhh! 


Still another new dish...siput entah nama apa.  This one eaten at the famous Gayang Seafood Restaurant , memang tak ada di KB!  





Lokan besar-besar di Saluk..


Dibakar atas api...



Tadaa...ini dia lokan bakar

Puding kelapa dalam buah nyior...cedok-cedok khabar-khabar habis!  Yang ni blana di KB but not inside buah nyior lah...



That's it some of the rarely consumed food  while vacationing in Sabah.

meanwhile ....where is the plane, the plane...ingatkan cerita Fantasy Island!

Monday, 7 October 2013

When there's only the two of us...BUDU!

For more than nothing else am putting up pictures of a humble lunch meal since the children are no more at home.  A meal just sumptuous for old folks like us - the 'man of the house' (MOTH) and yours truly.    

 I am giving the 'man of the house' a free hand writing down the appetiser/dipping sauce he adores most...mind you due to his 'age' (hate it when anyone refers him now as 'warga emas') he cannot enjoy this heavenly sauce as much as he likes...that's the price of being a 'warga emas'...sad 'sighhhh'.

Apa lagi budu sambal durian makanan tradisi semenjak kanak kanak. 

Tradisi orang Kelantan kebanyakannya suka makan budu tak kira peringkat usia. Budu boleh dikatakan makanan atau lauk yang 'berketurunan' kerana kalau ibu bapa tak makan budu anak anak pun ikut tak makan budu (kebanyakan). Ada juga di antara orang Kelantan yang 'action' tak suka budu... malu kerana budu makanan yang tak ada 'kelas'. 'Style' atau cara makan budu ini berbagai ikut citarasa masing masing bergantung kepada habit ibu bapa atau sesiapa yang menghidang budu. Makan budu dikira tidak lengkap tanpa asam limau nipis atau asam kerat lintang (ase kerat lete) bawang, lada burung dan ikan panggang tawar. Lebih menarik lagi dimasukkan tempoyak atau sambal durian. (titik air lior aku).  Semua ramuan ini digabung atau sebagai pencicah dengan ulaman bergantung kepada sipemakannya. Ada orang suka makan cara yang agak 'tertib' sikit iaitu ramuan tadi tidak digaul dan dicicah sedikit sedikit dengan ulam dan ikan. Budu sebenarnya tidak sedap kalau dihidang terlalu banyak dalam pinggan. Ianya lebih sedap kalau ditambah sedikit sedikit semasa makan (mungkin orang tak percaya...cubalah). Ada juga orang kata budu ini lebih sedap kalau kita makan sisa lepas orang lain makan. HAI ...BUDU...BUDU...BUDU...Gaya yang tak sanggup aku telan apabila makan budu dengan seorang sahabat yang tinggal serumah (masa bujang-bujang dulu merantau di KL). Apabila mula makan dicubit ikan panggang banyak banyak dimasukkan dalam pinggan budu dan dipenyet habis habisan sampai tak nampak budu. Di saat itu aku terus hilang selera..tengok saja tak jadi nak makan. Nak ambil pinggan budu lain...tak tergamak pulak..(pengalaman makan budu yang tak dapat dilupakan seumur hidup).


Disini budu dan ulam petai rebus bersama bayam praksi (mungkin jadi ubat ....apa..kena cek). Budu boleh diproses sendiri. Budu asli yang belum di masak ditapis dan dimasak dengan campuran cili boh, asam jawa,dan 'nnisae (gula melaka) secukup rasa....adjust sendiri.

Ends the meal with a bit of dessert...pulut durian with santan yum yum yummy! 

Friday, 20 September 2013

Simply Delicious and Williams!

Meletop! Meletop! Meletop sungguh meletop kali ini dapat lihat yang hidup di depan mata. Selama ini dok tengok dalam TV jah. Serina telah mengundang kita semua melalui rancangan Meletop kekedainya Simply Delicious untuk makan Char Koay Teow.  Boleh tahan juga tapi kita rasa sangat tak patut kerana dibiarkan kita duduk di meja menunggu setengah jam tanpa notis tanpa maklumat. Serina sendiri kesana kemari sibuk nampaknya. Sungguh malang tiba tiba kita tengok pelanggan yang datang kemudian telah dihidang makanan. Rupa rupanya baru kita sedar kena pergi buat order di kaunter serta dikena bayaran masa tu jugak.  PENGURUSAN YANG AMAT TIDAK SETARAF DENGAN GLAMOUR... bergambar kenangan dengan anak cucu.  






Ini pulak cerita makan kat WILLIAMS di Kelana Jaya...dah dua kali ke sini.  Everything big portions here, boleh makan lima enam orang Nasi Goreng Ketam Lembut dan semua makanan dalam gambar-gambar ni.  Yang uniknya di sini pelayan dia boleh rattle off the menu makanan at top speed...dah hafal dalam kepala mereka agaknya.

Kat William ni jugak katanya ada jugak artis artis lepak makan-makan so masa first time pergi situ terserempak dengan hero drama 'Diandra' apa nama dah... cun jugok budok tu tengok hidup-hidup luar ni.



Bestnya Cheese Naan...all buttery with 3 different sauces to dip in!

Next time in KL boleh pergi lagi...

Wednesday, 12 June 2013

JJCM - Mee Tarik Warisan Asli

Setiap kali ke Kuala Lumpur anak sulung sentiasa berusaha membawa mama, abah dan adik-adik dia jalan-jalan cari makan ke restoran yang menyedia makanan yang tidak terdapat di KB.  We were in KL for a week last May and she brought us to this restaurant...Mee Tarik Warisan Asli somewhere in Sungei Besi.  Khabarnya sudah masuk rancangan JJCM TV3...but I never have the opportunity to watch this show because we in Kelantan work on Sunday, kenapalah tak boleh siar rancangan ini waktu malam  TV3 oiiii!.. kami di pantai timur nak tonton jugak...malas nak tonton kut tonton.com tu weh! Dengar khabar  sudah agak famous mee tarik ni with the KL folks.  Kalau google ada banyak blog  bercerita perihal restoran ini. 



Pelanggan berpeluang tengok melalui cermin besar ini bagaimana mee yang diadun daripada tepung  ditarik-tarik dengan begitu cepat sekali menjadi juraian mee dan terus dicelup dalam air bergelagak disebelah tu.

 Pelanggan tidak lepaskan peluang tengok bagaimana mee ini ditarik...expert betul cara si penarik mee tu

Berbagai hidangan yang disediakan seperti dalam menu di atas

Antara hidangan yang di makan malam itu...

Mee dengan cendawan..semua kata sedap

I ate this 'Cold Mee'...memang sejuk macam namanya dan sedap jugak

Anak kata hidangan di atas ni paling popular..Toothpick Lamb, daging biri-biri or daging kambing? dicucuk-cucuk dengan toothpick

Anak sulung dan saya order minuman Ba Bao Teh ni..tidak pernah minum teh cina macam ni, ada semacam akar-akar kayu dan daun, buah bidara dicampur sekali tapi sangat 'refreshing' sekali.

Semua pekerja di restoran ini Cina Muslim..ada kategori A untuk kebersihan so tidak was-was lagi...

Anak bawa ke lokasi ini di Shah Alam..masuk JJCM TV3 juga tapi rupa-rupanya indah khabar dari rupa...tempatnya sesak, tengok sekitar food court ni kotor...padan pun diberi kategori B!

Tak dok sedak mano pun ABC ssohor ni pun...












Monday, 13 May 2013

Ichiban...the first and the last!

'Ichiban' means 'first' in Japanese  but I don't think this is the 'first' kopitiam with a Japanese name in KB, 'Hayaki' kopitiam sudah lama bertapak di sini sampai ada cawangan di negeri lain.  Located in Kubang Kerian Bandar Baru (betul-betul depan Hospital USM), tauke ni orang jepun ke but my guess he is a cha ya nun alif lah.  Singgah untuk melepaskan dahaga di sini selepas membeli-belah kain di Jakel Cawangan Kubang Kerian minggu lepas.  MOTH (man of the house) dah ngepek awak-awal tak nak masuk minum/makan di tempat-tempat yang nampak luarannya kelas sikit...walaupun tak ada kelas mana pun di dalam.  Its not like that we often eat out but just once in a while to treat the two kids (dia orang duk terperap since Disember 2012 di rumah tunggu nak masuk kolej mana-mana bulan depan) and since we were in that particular area that day so let's give it a try and quench our thirst..

The menu is like in any other kopitiam in the whole of  Malaysia, no need to elaborate.. sajalah I was thinking  with a japanese name the menu would also serve japanese food such as sushi,  ramen noodles tapi jauh panggang dari api (sedap pulak perumpaan melayu kita ni kan..)

Looks can be so deceptive...


Nampak sedap chicken chop dan black pepper sauce dan mee hailam tu tetapi semua taste ke laut, mee hailam tu rasa macam hirup kuah kicap aje...that's what it tasted like to MOTH. Dua gelas air yang suppose to taste Dragonfruit langsung tak ada taste buoh nago..apakehal diperah air asam limau dalam buoh nago ni?  Can you call an ABC without the cendol, black beans and other varieties of condiments that made up 'air batu campur', ABC?  Verdict of the ABC...tawar 'hair bear'!

Ada gambar Tok Pa dan Tok Guru duk jamu selera di sini... mungkin buat sedaplah makanannya untuk orang-orang besar ni kan....

Padan pun budak-budak muda ini yang menyediakan makanan yang tak sedap di atas... biasalah di negeri ni tauke cha ya nun alif tetapi semua pekerja budak-budak Melayu.


Di luar ada pasar malam, nampak peniaga-peniaga tengah sibuk mendiri tempat jualan masing-masing...typical pasar malam scene
Melayang RM45.70 untuk makanan di atas ...and on the way home kena tadah telinga from MOTH with his 'I told you so, I told you so.....'  tak apa kan kopitiam tu cha ya nun alif yang punya so we don't have to go there anymore.

 

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...