Bermula April 2011 (come to think of it... its the same age as my blog) rumah pusaka antik berusia lebih 100 tahun ini telah dijadikan tempat menimba ilmu ugama. Sesiapa yang pernah lalu/mengguna Jalan Pos Office Lama untuk ke Penambang, Pantai Cahaya Bulan pasti terpandang rumah antik ini disebelah kiri jalan. Dobah Darul Quran ini adalah sempena nama isteri termuda Haji Mohammad (moyang kami yang berasal dari Pattani). Dobah merupakan nama isteri kesayangan Haji Muhammad hingga saudagar sutera ini dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Mat Doboh. Pemilik asal rumah ini adalah anak Mat Dobah dengan isteri pertamanya Che Moh, iaitu Che Noh. Rumah ini kemudiannya diserahkan kepada anak bongsu Che Noh, Poksu Zin sebelum diwarisi oleh kelapan-lapan anak beliau.
Cerita sikit pasal zaman dulu-dulu ni (tahun 60an)...isteri Poksu Zain, Moksu Mbon (tak reti nok eja) terkenal dengan jualan nasi belauk, nasi kerabu, apam kukus berkuah. Nasi belauk hari tu boleh dibeli dengan harga 10 sen saja, kenyang makan. Sampai hari ini tidak jumpa lagi sesiapa yang boleh buat apam kukus berkuah sesedap Moksu Mbon.
This unique antique house often captured the attention of tourists who stopped by to take snapshots of it. It was featured in several local design magazines due to its beautiful carvings and unique design.
Atas berkat usaha salah seorang anak Poksu Zin iaitu Hjh Hazimah Mohd Zin, kami panggil dia Che Chik (sekarang pesara Penolong Pegawai Belia dan Sukan) dan persetujuan adik beradiknya yang lain rumah pusaka ini dijadikan tempat pusat pengajian agama selepas tiada kata sepakat untuk menjual rumah pusaka ini. Rumah ini sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni kerana semua adik beradik Che Chik mempunyai rumah sendiri di tempat lain.
Pada 12 Rabiulawal 1434 yang lepas Dobah Darul Quran menganjurkan Majlis Maulidur Rasul dan itulah pertama kali saya ke sana untuk sama-sama rai dan selawat ke atas Rasul kita. Tiada kesempatan sebelum ini untuk sama-sama mengikuti program keagamaan di sini disebabkan saya masih bekerja. Hari itu kami diberi ceramah/tazkirah oleh Ustaz Sanusi yang juga merupakan ustaz yang menyampaikan tazkirah pada setiap hari Khamis di Dobah Darul Quran ini.
![]() |
| Kuih Muih yang disaji pada Majlis Maulidur Rasul |
Baru dua tahun dijadikan pusat keagamaan, rumah ini berfungsi sebagai tempat mereka yang ingin belajar agama termasuk tajwid al-Quran dan tazkirah agama. Setiap petang Sabtu diadakan kelas tajwid al-Quran manakala setiap pagi Khamis pula diadakan tazkirah agama melalui dua tenaga pengajar.
Malah ada juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadikan rumah ini sebagai lokasi aktiviti keagamaan seperti Maulidurrasul dan majlis yang membabitkan anak yatim. Tiada peruntukan diterima sebaliknya perbelanjaan ditanggung sekeluarga dan waris-waris terdekat. Sebagaimana kata Che Chik, "kami ikhlas menjadikan rumah pusaka ini tempat ibadat dan saya cukup berpuas hati dengan kedatangan penduduk setempat yang mengimarahkan rumah ini. Kalau ada derma dan sumbangan peribadi daripada mereka sekalipun, saya gunakan untuk membayar elaun tenaga pengajar dan upah orang yang menjaga rumah ini selain membayar bil api serta air".
Di sini diwar-warkan program majlis ilmu di Dobah Darul Quran:
Hari Sabtu - 3.00 petang - selepas Asar - Tajwid (diajar oleh Hjh Khadijah iaitu anak murid Hjh Faridah, qariah terkenal)
Hari Selasa - 10.00 pagi - 11 pagi - Hadis Rasulullah & Fekah - Ustazah Rohani
Hari Khamis - 10.00 pagi - 11 pagi - Tazkirah - Ustaz Sanusi
Nombor telefon yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut:
014-846 0040 - Hjh Hazimah Mohd Zin
013-939 7969 - Puan Nor Suhaili






























