Tuesday, 30 April 2013

Cakes On Wheels

We have our own 'Cakes on Wheels' version here in KB...delivering fresh homemade cakes right to your office doorstep or your home.  I love cakes (that's what hubby said) so its like heaven sent buying cakes on short notice like these two ladies catered.

Boot kereta penuh dengan pelbagai jenis kek...mabuk jugak memilih.


Peminat kek dah berhimpun pilih kek yang diidamkan... macam-macam jenis kek dijual.  Pemilik 'Cakes on Wheels' ni malu-malu kuching bila diminta bergambar.  

Harga pun murah, seperti Kek Lapis Masam Manis di gambar bawah ni hanya RM10.00 sebekas, Kek Kukus Coklat Moist RM12.00 dan Kek Carrot Bakar RM13.00.  Kek Lapis Caramel dan Cheese Cake dibuat jika ada tempahan. 


Tolong promo sikit...


Mudah, Senang, Sedap dan yang penting Murah sangat...

Thursday, 25 April 2013

Menjana Insan Kamil

Tengah hari tadi pengurusan pejabat mengadakan 'Luncheon Talk' bersama YBhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz dan semua anggota dijemput hadir untuk program pengisian rohani ini.  Biasa menonton dan mengikuti tazkirah/ceramah beliau hanya melalui kaca tv tapi kali ini dapat melihat beliau 'in person'.


Tajuk yang saya rasa sangat 'interesting' disampaikan oleh beliau iaitu macam mana 'Menjana Insan Kamil'.  Saya pun bukan pandai sangat hendak menterjemah kembali di sini apa yang Dato' Abu Hassan Din sampaikan but I was thinking this is such an interesting subject  to just passed it up.  From my jottings ... Ustaz started by explaining the word 'mankind' (manusia), dalam Al-Quran 'manusia' disebut sebagai 'Insan' dan 'Nas'.  'Insan' bermaksud manusia yang suka buat perkara yang elok/positif manakala 'Nas' bermaksud yang sebaliknya...buat perkara-perkara yang negatif/dosa.  Perkataan 'Insan' disebut sebanyak 93 kali manakala 'Nas' disebut sebanyak 287 kali dalam Al-Quran.  Ayat-ayat yang mengandungi 'Nas' diturunkan kepada Rasulullah SAW semasa baginda di Makkah...menggambarkan masyarakat di Makkah masa itu begitu payah dan menentang untuk menerima ajaran Rasulullah SAW jadi tidak hairanlah Rasulullah berdakwah di Makkah selama 13 tahun hanya 600 belas-belas orang sahaja yang memeluk Islam.  Manakala ayat-ayat yang mengandungi 'Insan' diturunkan di Madinah di mana masyarakat di situ bersedia menerima ajaran Rasulullah SAW dan beratus ribu orang yang memeluk Islam di situ. 

Untuk jana manusia yang suka buat baik bukan di usia 20 tahun ataupun 30 tahun tetapi semenjak anak baru lahir lagi.  Kita hendaklah teladani Nabi kita..Rasulullah SAW diberi nama yang amat bagus iaitu Muhammad yang bermaksud Yang Terpuji, Dirahmati.  Selepas dilahirkan baginda menyusu dengan ibunya Aminah untuk beberapa hari sahaja dan selepas itu susu ibu baginda kering.  Kalau kita ibu-ibu di tahun-tahun enam puluhan, tujuh puluhan hinggalah sekarang akan segera mencari susu lembu (susu formula) untuk bayi tetapi  namun tidak begitu dengan ibu Nabi..walaupun kalau kita fikir di kala itu susu unta pun ada boleh diberi kepada Nabi.  Rasulullah diserahkan kepada Halimatul Saadiah untuk disusukan sehinggalah berusia 2 tahun.  Sebagaimana firman Allah SWT ...
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233

Memang benar banyak implikasi yang negatif timbul sekiranya menyusu anak yang belum sampai umur dua tahun dengan susu  lain selain dari susu ibu.  Tetapi di zaman kita ni siapa yang hendak praktik amalan seperti ini, sekira seorang ibu itu sudah kering susunya diserah kepada wanita lain untuk menyusu anaknya?  Selepas dua tahun ikutlah nak beri susu kambing ke, susu lembu ke, susu unta ke...

Masuk alam kanak-kanak hendaklah di tarbiyahkan...apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh dibuat dan di alam remaja hendaklah di ta'lim ..merupakan proses pemberian pengetahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya (ketrampilan).  

Alhamdulillah kalau diikut langkah-langkah di atas akan boleh jana insan yang kamil tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku...semakin terserlah keburukan perangai masing-masing especially di media-media sosial hendak-hendak dengan isu yang paling panas sekarang menjelang PRU 13 ni..memaki hamun menjadi mainan biasa saja.  So to young parents out there especially to my daughter and son-in-law..raise your kids the way as our Rasulullah SAW was raised.  Dato' Abu Hassan pun ada sebut zaman sekarang memang ramai manusia Nas daripada yang Insan...renung-renungkanlah...

Apa yang baik hanya daripada Allah SWT dan apa yang buruk hanya daripada diri ini...Wallahualam...



Wednesday, 24 April 2013

Weekend Getaway at Cameron Highlands

At last, my dream of a weekend getaway with the family to Cameron Highlands was realized on one fine weekend.  Non of the family members have been here...oghe daghak blako ni...first time baru berpeluang jenguk tanah tinggi ni.



A panorama view of the Sungei Palas Boh' Plantation...a cool green refreshing sight for this old tired eyes...

Enjoying 'Boh' Tea and cakes up on the hills....


Our adorable munchkin along with his ummi and abiy joined us for the weekend getaway 


Pengunjung yang sampai ke ladang Boh ni pasti bergambar di sini..

 Teh yang diborong di CH...habis stok kita pergi lagi...


Jagung yang rasa lemak manis dan ubi rebus yang memang sedap di Pasar Malam Brinchang.  Tetapi jagung mentah yang dibeli di Kea Farm untuk dibawa balik tidak semanis yang dimakan di CH.

The most common sight in CH...strawberries everywhere.. rasa masam adalah, beli dua tiga paket, balik rumah turned it into delicious strawberry smoothies mixed with vanilla raspberry ice cream.

Mabuk tengok fresh flowers...

Insha Allah akan kembali bertandang ke Cameron Highlands kerana ada yang tidak puas makan jagung manis di sana. 

Wednesday, 10 April 2013

The Pinnacle Part (2)

....hari sudah beransur gelap bila kami sampai untuk bermabit di Muzdalifah, jarak antara Arafah dan Muzdalifah adalah lebihkurang 7 kilometer. Padang luas itu masih kosong kerana kami adalah antara jemaah yang awal tiba di situ.  Hubby and I chose a site a bit further in quite near to the fence to sit for part of the night but later realized our mistake when the time comes for us to leave.... as the night progressed more and more pilgrims arrived and soon enough the field was packed to the brim.  Mula-mula tu tolong jugak hubby cari anak-anak batu untuk dibuat melontar  di Mina nanti tetapi dengan keadaan padang yang semakin sesak dengan jemaah I gave up (actually letih and nak pejamkan mata sekejap) and leave it to hubby to collect the rest of the pebbles...ngepek jugok orang tuo tu hehe..

Di luar pagar di atas jalanraya berduyun-duyun jemaah dari Indonesia berjalan kaki ke arah Mina...meriah jugak suasana ketika itu melihat mereka berarak ramai-ramai sambil melambai-lambai tangan ke arah jemaah Malaysia.  Punyalah susah hendak keluar bila tiba masa untuk tinggalkan Muzdalifah, terpaksa langkah kaki dan belakang jemaah lain untuk sampai ke tempat menunggu bas.  We should have sat nearer to the entrance to make our exit easier. 

Suasana di Muzdalifah dan gambar ini diambil oleh hubby dan kebetulan jemaah wanita ini berpaling dan senyum ke arah kami semasa gambar diambil...tidak ada gambar lain untuk menggambarkan suasana bermabit di Muzdalifah so have to put up this one, hope whoever she is don't mind :)

Jarak antara Muzdalifah ke Mina lebihkurang 6.9 kilometer, kali ni khemah di Mina ada air con dan lantai ada carpet tetapi air con tidak berfungsi dengan baik mungkin banyak sangat debu yang melekat dalamnya.  What could one expect when the tents here are only in use once a year during the haj season. 




At Mina my room mates and I were allocated a patch of space at one end of the tent far away from the entrance and going in and out was not an easy task... where one has to nimbly stepped over bags, legs and heads of others who are resting/sleeping like in the picture I took above.

Mujurlah semasa di Mina 'the call of nature' boleh dikawal dan tidak terasa sangat nak ke tandas.  Beratur panjang setiap kali ke tandas adalah amalan biasa untuk semua jemaah lebih-lebih lagi kena berkongsi penggunaan tandas dengan jemaah Thailand.  Saya perhati dia orang ni (jemaah Thai) suka sangat membasuh pakaian dan mandi walaupun tahu masa terhad untuk semua.  Tandas untuk jemaah lelaki Malaysia pun mereka ceroboh masuk hinggakan keluar satu pengumuman daripada seorang ustazah TH untuk semua jemaah wanita menutup aurat dengan sempurna semasa ke tandas kerana ada seorang jemaah lelaki yang sudah dot dot dot.... hehe. 


Suasana di Jamrah Qubra pada  10 Zulhijjah 1433/26 Oktober2012

Malam 10 Zulhijjah tu selepas  solat jamak tamam untuk maghrib dan  isyak jemaah KT 01 - KT 05  dibawa melontar untuk pertama kalinya di Jamratul Qubro, jamrah yang paling besar sekali.  Terdahulu semasa di Makkah taklimat telah diberi oleh petugas TH  dan  ditetapkan jemaah KT 01 - KT 05 buat Nafar Awal kerana penerbangan pertama pulang ke tanah air ialah pada 15 Zulhijjah/31 Oktober 2012 dan hanya perlu berada di Mina dua malam sahaja sebelum kembali ke Makkah pada 12 Zulhijjah untuk tawaf dan sa'ei haji. 

 Kaki hubby yang bengkak semasa di Arafah sudah surut sikit so dengan langkah yang tidak berapa cepat kami ikut rombongan ke jamrah.... I am such a slow coach when it comes to walking and could not keep up with the others who were really testing their speed walking.  Soon enough the man carrying the flag up front was lost to our sight, and we found ourselves walking in the midst of the Indonesian pilgrims and I think we walked about 20 - 25 minutes to reach the jamrah.  When we reached it most of the other pilgrims had already cast their pebbles at the jamrah pillar and leaving the area.  Kami buat tahallul awal malam itu dengan menggunting rambut sikit dan terlepaslah 10 larangan daripada 13 larangan berihram.  Ada dua pasangan room mates kami yang terus ke Makkah selepas melontar pada malam itu untuk selesaikan tawaf dan saei haji...mereka masih muda dan bertenaga so tidak ada masalah buat begini lebih-lebih lagi untuk jemaah wanita yang bimbang kut kut datang bulan kerana hendak tawaf kena berada dalam keadaan suci.  Yang lain seperti kami akan tunggu sehingga 12 Zulhijjah untuk selesaikan rukan haji ini di Makkah.  Perjalanan balik ke khemah daripada jamrah terasa amat jauh kerana kena lalui dua terowong kali ini.

 I cannot remember how long we walked and felt so relieved when at last I saw the white tips of the tent and the lights of Mina approaching my view.  It was only after 11 pm that night when I finally dropped my weary body and sore feet to have a bit of rest and sleep before waking up again around 3 am the next morning  to prepare for Subuh prayers and to face the long walk again to the jamrah to cast pebbles at all the three jamrah pillars this time.  It was quite refreshing having to walk to the jamrahs in the early morning but walking back to the tents when the sun is already up  is another matter.  That morning while I was casting the pebbles at Jamratul Ula  a sound of many running feet and loud shouts/screams  came from behind, it was a group of Indon pilgrims with orange scarves flying around their necks running up to the jamrah pillar and started to push and shoved their way roughly into the crowd, men and women alike screaming at the top of their voices and violently hurled the pebbles as if  hurling the pebbles at the syaitan itself.  I managed to push/shoved my way out of the wild crowd unharmed. It was disgusting they way they behaved maybe their ustaz back home taught them that's the correct way to stone the devil.

The long walk back to the tent with the sun getting hotter by the minute was exhausting and the soles of my feet was burning and I was dragging my feet most of the time, hubby's swollen toe started to give him trouble too maybe from all the walking the night before.  I really need to rest my aching and burning feet for a while when hubby caught sight of 3 Afghan pilgrims sitting and having an animated conversation on a mat by the roadside and asked their permission to let me sit for a while on their mat.  They graciously let hubby and I sit and we caught snippets of their conversations...tak faham apa yang dia orang cakap tapi ada dengar mereka sebut Amerika, Amerika dalam perbualan mereka itu.  Kebetulan saya ada bawa bekalan biskut dan sebagai tanda terima kasih hulur bungkusan biskut kepada mereka walaupun pada mula-mulanya mereka menolak tapi akhirnya terima jugak.  We limped back to our tents in Mina after making several short stops in the tunnels to rest our aching feet past 10 am.

The next morning the 12th of Zulhijjah was our last day in Mina and we were already informed by TH to be ready to leave for Makkah at 10 am.  I was worried if we can make it back to camp from the jamrah at the stated time.  However that morning I felt a certain vigour and after completing the ritual of  casting the stones at the three jamrahs and saying our doas  we quickly leave the place and I don't know where I got the extra energy and just quickened my steps and Alhamdulillah managed to reach camp way before 10 am..

...and it was there in Mina the significance and the whole of the haj rituals dawned upon me what real sacrifice means for the One and Only Almighty.

Monday, 1 April 2013

The Pinnacle Part (1)

...continuing the story of my ritual journey and the pinnacle part of the haj ritual to Arafah and later to Mina.

Walaupun apa yang berlaku dan dilalui semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina masih segar lagi dalam ingatan but I find it difficult to put down it in words.  Catatan pun dah bercampur aduk dwi bahasa..ada bahasa melayu ada bahasa inggeris but I guess the real feeling of what one has gone through the haj ritual is  embedded in each and every one's heart  and suffice to say what I have gone through only Allah SWT knows...

Berkumpul di lobi lif Tingkat 7, Hotel Al-Janadriyah sebelum bertolak ke Arafah pada 8 Zulhijjah 1433/24 Oktober 2012.  Bertolak sebelum waktu zohor dan perjalanan ke Arafah memakan masa lebih daripada satu jam yang sepatutnya.  Bas, van berhimpit-himpit berebut jalan untuk cepat sampai mengejar masa kerana ramai lagi jemaah yang perlu diangkut ke Arafah.  Macam-macam tingkah laku pemandu bas  ini sampai ada yang tunjuk batang besi ke arah pemandu bas lain sambil sumpah seranah (agaknyalah)  kepada pemandu bas lain. 


Beginilah keadaan dalam khemah di Arafah untuk Muasassah, beratapkan kain dan berlantaikan tikar plastik tapi Alhamdulillah bersama rakan sebilik boleh senyum dan terima keadaan seadanya.  Gambar diambil sementara menunggu waktu untuk wukuf pada 9 Zulhijjah/25 Oktober 2012. 

Bila ingat kembali mujurlah tidak hujan di kala itu, kalau hujan tak tau macam mana keadaan dalam khemah tu..  I could not close my eyes that night, ialah tak biasa berkumpul ramai-ramai  berhimpit-himpit dan panas pulak (kipas memang tak ada ya untuk muasassah) dalam satu khemah.  While trying to close my tired eyes that night my room mate Cikgu Ni lie down beside me with a prayer book in her hands but then she started to regale me with funny anecdotes of  her childhood.  She finally fell asleep but I was still wide awake when the last occupants of the tent, a mother and daughter team arrived.  They settled down beside me, tu yang lagi tak boleh nak tidur dengan pergerakan mereka, bila ditanya kenapa lambat sampai...mereka naik ambulans ke Arafah kerana maknya ada masalah sakit jantung... begitulah pulak tapi walau sakit macam mana pun wajib berada di Arafah untuk wukuf.  Suka tengok si anak melayan ibunya tanpa mengeluh sikit pun, semoga dia mendapat ganjaran pahala yang lebih dari Yang Maha Esa.  It was around 1 a.m and since I could not sleep  I made my way out of the tent to refresh myself at the toilet which was a few steps away (tak nak berebut sebelum jemaah lain bangun sebelum subuh).   The hot water refreshed me a bit... air sentiasa panas di tanah arab ni, entahlah mungkin cuaca panas masa tu kerana semasa mengerjakan umrah dulu di bulan disember air sejuk semasa mengambil wuduk di masjid Bir Ali.

Keesokannya semua dah prepare untuk wukuf, pagi itu  Menteri di JPM berkaitan Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Seri Jamil Khir Baharom ada jenguk dalam khemah bertanya khabar para jemaah...semua bagus Datuk! Menjelang zohor  kain khemah mengadap arah kiblat diangkat untuk sama-sama sembahyang jemaah jamak taman bersama imam.  Imam berdoa panjang selepas solat, mengalir airmata bila mengingati dosa-dosa yang lalu, tak cukup tissue menampung airmata huhu..satu peringatan untuk bakal haji (kalau ada yang baca coretan ini) bawalah stok tissue banyak-banyak like one of my room mate, untung dia sebab ada rakan dia yang sudah tunai haji advise dia bawa stok tissue.  Memang susah nak beli tissue di sana, kita ni jenis banyak guna tissue.  Tak cekak jajak kedai di sana cari tissue, akhirnya terpaksa pergi kat Safwa Towers (kawasan hotel-hotel elit tu) baru jumpa satu kedai dalam mall tu jual tissue.. that's the only shop I found selling packet of tissues masa tu. Masa di Madinah jenuh cari kedai jual pisau tapi elek semua...cuba cari di Makkah, alhamdulillah ada jual pisau di kedai yang jual semua barang berharga 2 riyal.  Popular gak pisau tu dengan room mates untuk potong buah-buahan etc..

Cerita sikit pasal hubby semasa di Arafah,  sebelah selipar dia jatuh ke dalam lubang yang agak dalam di tempat wuduk, so kena hati-hati masa ambil wuduk sebab bawah paip tu ada lubang dalam.  Dah ada sebelah selipar macam mana nak pakai, mujurlah seorang room mate dia bawak selipar spare so pinjam selipar dengan kawan tu.  Sampai di Mina baru beli selipar baru. Mungkin ujian jugak untuk hubby apabila ibu jari kaki kanan dia membengkaklah pulok (gout), he was drinking a lot of the sweet mango juice while in Makkah and the acidity of the juice might have caused the swelling.  Masa tu terfikirlah jugak macam mana dia nak berjalan jauh untuk melontar di Mina nanti.

Menjelang petang semua jemaah KT 01 bersiap-siap untuk ke Muzdalifah, sebaik saja matahari gelincir, para jemaah lain sedang bersiap-siap untuk sembahyang maghrib dan isya' kita semua tunggu kedatangan bas.

next episode di Muzdalifah dan Mina....


Wednesday, 20 March 2013

Kisah berebut borang PPR


Ini cerito kakak, Teh pasal perasmian majlis pecoh tanoh untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) di belakang Caltex, Kota Bharu baru-baru ini...ambo xgi lah ke tepat-tepat gitu gak, main dok berebut nok borae nok beli ghumoh blako..mace2 kisoh tapi so habok takdok tubek di sak khobar pasa ni... hok nok baco tu bacolah hok xpehe tu biar gi lah...

Main rebut hok mu aku semata-mata nok ghumoh weh...sapo xse main nga ghumoh rego RM35 ribu jah seunit, nilai sebenar RM160,000 seunit rego lebih tu kerajae bagi subsidi RM125 ribu.... xkiro lah demo undi parti pas ko ore cino ko ore india ko boleh beli blako...

Kisah nilah hok berlaku di padang tapak program perumahan rakyat Kelantan sewaktu PM gi pecoh tanoh pada petae hari Jumaat 15 Mac 2013. Ha kiranya dilantik pergi ambil borang untuk Sunah dan auntie Lah serta untuk dirinya sendiri. Maklumlah loni dok numpae ghumoh Abe Ngah. Ha boceng motosikal Aka, dan tunggu di belakang pentas. PM hok patut sapa kul 4.30 ptg terlajak sapa kul 6 ptg.

Ore ghamai doh dok tunggu sebelum Asar lagi. Katanyo ghamai lah weh, hok tempang, hok ngesot, hok kena pimpin pakat maghi berjujuk jujuk ke padang di belakang stesen Caltex Jalan Atas Banggol, Kota Bharu. Ha, biasalah cerdik sikit, gi lewat, dari arah belakang dan duduk standby di belakang pentas. PM pun berucaplah, Ha kata PM kurus, pucat muka di TV napok gemuk. (Lepas tu baru tahu masa kat Tanah Merah, angin ribut kuat landa tempat bekwoh rakyat setelah PM dok berucap hal dosa2 Pas. Sibuk ore dok cagho jadi tengok kut blog2 hal ni.)

Lepas acara pecah tanah, kata Ha semua ore besar dok pakat naik atas keto jentolak, menteri cina perumahan, datuk Pa, sapo lagi, Fahmi rasonyo pun naik sapa sengit jentolak mujur tak terbalik. Dah kul 6.45 ptg masa tu. Ore Kelantan mano ado petang hari dok atas jalae, nok maghrib doh tu. Resahlah weh.

Masa tu Ha napok ore baju merah dok bagi borang, dia terja, dan rampas dari tangan ore tuh. Marah ore tuh,’ hei ambil nga molek.’ Ha susuk borang dalam beg dan hulur tangan lagi, masa tu ore dah sedar borang dah diedar. Ha dapat satu lagi. Ha tinggi jadi mudah capai, hok ore pendek nyanyo laa weh. Aka pun dapat satu borang ( Ha cerita Aka susuk kopiah dalam poket hihihihi ). Dia gi teghok lagi, nak ambil borang kedua, sayangnya borangnya direbut, maka jadilah aktiviti rebut merebut nga ore lain sampai borang keronyot dan koyak rabak. Gitulah scenario, kebanyakan dapat borang tapi kerenyot. Ore tua2 balik tanpa borang, yang dapat pun nak beri borang sendiri pun tak boleh sebab ada satu atau dua borang saja yang dapat, keronyot pulok tu.

Balik ke rumah, dengarlah kisah daripada jiran-jiran yang berebut borang di sebelah padang, jauh dari pentas. Sedih kata jiran, kalau di depan pentas, ore baju merah edar dengan tertib sebab depan PM, di situ lain ceritanya. Ditaburnya borang macam tabur nasi kepada ayam. Maka berebutlah rakyat Kelantan, ada yang kena pijak, ada yang tercabut kasut, ada yang terjatuh dompet, ic bertaburan ( agak mereka keluarkan ic takut ore minta nak tengok) . Dasyat. Jiran mengeluh, ‘hinanya orang Kelantan, macam lapar rumah sangat.’ Jatuh maruah ore Kelantan masa itu’. Ada jugak ore sibuk ambil gambar sambil tertawa. Seronok tengok ore Kelantan berebut-rebut. Jiran-jiran Teh bawa balik borang lusuh. Ada yang dah terseyek.

Hari ni Selasa (kemarin), Teh gi pejabat Umno di panggung Odeon,nak ambil borang untuk Dini, senang saja demo beri. Minta juga borang untuk jiran-jiran yang dapat borang lusuh tuh. Pahtu Ha pergi ke situ nak ambil tapi demo suruh dia gi ambil di pejabat umno di tingkat satu, bangunan Kedai Buku Mohd Yusoff dulu, sebelah Odean. Naik atas budak2 perempuan masih mentah ngada2 dengan sombong bertanya, macam-macam soalan... 'mana tahu, dok di mana', haii action budak mentah nih, pahtu baru beri satu borang dengan meto. Hai budak tahukah perangai mung gini boleh buat umno hilang undi? Kalau Teh gi sendiri ambil borang atas loteng tu, Teh akan belasah habis, habis kecek melayu, tambah kecek ore putih… Budak zaman sekarang tak tau adat.

Napok gayo bilo nak hantar borang Sunah dan Ha kena ke JPP. Di JPP tohmah ninah sikit ore pejabat tu. Takleh main nga ore Umno, hok tua ok, hok budak2 mentah ni napok gilo kuaso, seolah-olah hina sangat ore miskin nak mintak rumah.

Dalam surat khabarpun sibuk hal tanah projek perumahan tu dicerobohi tanpa izin kerajaan negeri dan Tok Guru tak halal. Aduh macam mano? Takleh ko kompromi, tanah di dunia ni diletak atas nama manusia tapi bumi Allah jugok. Kesian ore hok tak pernah ado rumah macam kato Ah Kee hok baiki kereta tu, ‘ Aku sokmo hidup dok ghumoh sewo, mano cukup duit nak beli ghumoh. Ni kalu boleh nak merasa ada ghumoh. Jadi guana weh? Kita yang senang hidup dalam rumah yang selesa, patut bersyukur nikmat yang Allah swt beri kepada kita.

Monday, 11 March 2013

Cerita Makkah lagi....

Hendak sambung cerita haji pun macam tidak senang hati bila mengenang para-para pejuang kita di Sabah sana rela menggadai nyawa untuk keselamatan negara berdaulat kita ini.  It is no joke when a life is snuffed out defending other lives....orang-orang yang ingat semua ini sandiwara kerajaan patut direbus dalam air panas bergelegok! 
 

Duduk-duduk tengok Kaabah pun dapat pahala...In shaa Allah
Setiap hari Ahad seperti biasa diadakan tazkirah yang disampaikan oleh anggota-anggota pejabat ini secara giliran.  So sebelum tazkirah disampaikan pada hari Ahad lepas  kesempatan diberi kepada seorang anggota yang baru pulang dari mengerjakan Umrah untuk bercerita sedikit pengalaman beliau di sana.  Sepertimana kata beliau memang sudah almaklum lah ramai antara kita yang sudah ke Makkah untuk mengerjakan  umrah mahupun haji dan masing-masing dengan pengalaman tersendiri semasa di sana.  Jadi dia kena fikir 'angle' mana hendak diambil untuk bercerita mengenai keadaan di sana.  Dia memilih untuk bercerita mengenai para jemaah yang datang dari pelbagai negara dengan pelbagai cara menunaikan ibadah yang agak aneh pada pandangan kita.  Mungkin mereka ini pun melihat kita sebagai aneh jugak ya...Wallahualam... 

 Colourful lagi pakaian jemaah dari benua Afrika ni and I can't help noticing they like to laze around like in the picture above...dia orang tak tahu yang ada orang ambil gambar mereka sedang bersantai sepesen saja.

 Picture above was captured at Masjid Nabawi, Madinah...kita sembahyang tutup litup nampak muka saja, tapi kebanyakan jemaah wanita dari Afrika, Eropah, India boleh pulak sembahyang nampak kaki, mungkin mazhab mereka membolehkan berbuat demikian.  Berabaya abaya jugak tapi tengok tu...pakai high heels lagi dan pastinya handbag berjenama... a familiar picture here for these Arabs loaded with money.  Bercakap pasal jemaah wanita ni, saya paling tak tahan dengan jemaah wanita dari Turki, mereka ini sentiasa berjalan berkumpulan so sesiapa didepan mereka akan terus ditolak dengan kasar.  I was subjected to their rough ways of shoving and pushing several times.  Naik geram jugak pada satu masa semasa hendak keluar daripada masjid ditolak dengan kasar oleh salah seorang mereka ni.  Sebaik saja dia melintas tangan saya cepat hendak tolak dia balik tetapi dihalang oleh suami.  Kalau tidak dihalang oleh suami sudah terpelanting dia jatuh di tangga betul-betul di depan....tapi sabar kena sabar ya masa di sana

 Lagi gambar jemaah bersantai/tidur atas lantai marmar yang sejuk dalam Masjidilharam.  Ini di bahagian masjid berhawa dingin.

 Abdul Aziz sipenjual minyak wangi yang peramah di lobi hotel Al-Janadriyah....boleh kecek kelate dengan fasih walaupun tidak pernah menjejak kaki ke bumi Kelantan, pelik kan?  Bapa berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkahwin dengan wanita tempatan (arab) di Makkah.  Apabila ditanya kenapa tak pernah ke Kelantan, jawabnya tok nenek dia semua dah berhijrah ke Makkah.  Kalau ke Malaysia pun setakat ke Kuala Lumpur saja.  Untungnya dapat bermastautin di Tanah Haram..

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...