Wednesday 21 March 2012

Bagaimana kamu memandang si pelaku maksiat???



Kenapa kamu melihat dirimu lebih baik daripada orang lain?Berjaga-jagalah wahai orang yang menuju jalan Allah!Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bemaksiat dengan pandangan kehinaan.Ia adalah merupakan suatu keadaan yang merbahaya.Pandangan seperti itu dilarang!Ia memberi kesan kepada hati.Ia menzalimi hati dengan pandangan sedemikian menyebabkan hati menjadi gelap.

Telah melihat seorang abid dari bani israel (iaitu abid selama 500 tahun hanya beribadah sahaja) kepada seorang fasik dari bani israel yang tidak pernah taat langsung kepada Allah.Ketika mana kedua-dua mereka ini melihat satu sama lain, berpaling kedua-dua mereka dari yang lain.Ahli ibadah berpaling atas sebab keangkuhannya tehadap ahli maksiat itu.Ia menyangka Allah tidak akan mngampuninya (ahli maksiat) selama-lamanya.Dia melihat dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya.Ahli maksiat itu pula berpaling kerana malu terhadap Allah.Ketika mana dia berpaling dia berkata "astargfirullahal 'adzim, siapalah aku hendak bejumpa dengan oang baik lagi beribadah sedangkan aku ini orang yang fasik".Si abid tadi ianya mendapat karomah (kemuliaan) kerana ibadah yang bagus dia lakukan sehingga awan menaunginya apabila dia berjalan.Apabila datang mentari di waktu pagi, awan menaunginya.Maka apabila si abid betembung dengan si fasik tadi, kemudian berpaling kerana takkabur maka mereka berpisah.Ketika meraka berpisah awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya.

Tidak dibenarkan memandang dengan pandangan penghinaan.Tidak dibenarkan kamu menghina seseorang.Hinalah maksiat tetapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat!Hinalah kekufuran tapi jangan menghina si kafir kerana hakikat yang telah dihinakan kepada si kafir itu adalah hakikat kekufuran.Apa dia hakikat kekufuran? yakni yang mati dalam kekufuran tapi selagi mana dia masih hidup ia tidak dihinakan kerana sesungguhnya kamu tidak tahu keadaan yang bagaimana dia akan mati.Jadi kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk.Ada tiga pandangan yang kita minta jauh dari Allah:

1.Melihat aurat dengan pandangan syahwat
2.Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3.Melihat makhluk Allah dengan pandangan kehinaan

Kita berlindung dari tiga perkara ini dengan pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati ini.Pandangan ini adalah pandangan yang dibenarkan Allah untuk melihatnya dengan pandangan tafakur.Pandangan kepada :

1.Ibu Bapa
2.Ulama
3.Saudara seislam dengan kasih sayang
4.Ahli maksiat dengan belas kasihan
5.Ahli ketaatan dengan kemuliaan
6.Lembaran al Quran

Pandangan yang sebegini memberikan cahaya dalam hati.Ini dia jalan penyelesaian kepada tiga pandangan tadi yang dilarang.Hati sangat penting kerana ia tempat pandangan Allah.

-al Habib Ali al Jufree

No comments:

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...