Saturday 16 June 2012

Netbook Day

Awal minggu lepas Afiq balik dari sekolah dan beritahu dia antara yang terpilih dapat Netbook percuma yang disumbang oleh Kerajaan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia.  Ada jugak rezeki Afiq untuk mendapat netbook secara percuma...so di tengahari yang panas Khamis lalu terpaksalah teman dia ke Majlis Penyampaian Netbook Fasa Ketiga Peringkat Parlimen Kota Bharu.....kan dah ada ura-ura PRU 13 tak lama lagi?  

Keadaan di Dewan SMK Putera yang penuh sesak dengan ibubapa di dalam dewan dan pelajar-pelajar di luar  di hari yang panas ...





Sebahagian daripada 1000 pelajar daripada 9 buah sekolah di sekitar Parlimen Kota Bharu yang akan menerima netbook pada hari itu.  

Majlis dirasmikan oleh YABhg Datuk Mohd. Fathmi, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri...


Sudah tentu dalam ucapan beliau menggambarkan kepentingan politik di mana rakyat harus sedar betapa pentingnya sesebuah kerajaan untuk membela nasib rakyat terutamanya di Kelantan yang mana pemberian BRIM baru-baru ini pun 90% daripada bantuan ini diberi kepada rakyat Kelantan.  I didn't know about this fact till now...but what the heck some or most of the  people will still vote for the same political 'party' over and over again...mindless of any changes that is needed here.  


Students lining up to receive their netbooks... 


After hours of waiting in the hot weather the netbook is in his hands


Kecil dan comel netbook 1 Malaysia ni...boleh buat perhiasan dalam almari di ruang tamu kalau tidak mahu menggunanya, itu kata Datuk Fathmi secara jenaka.

Balik ke rumah selepas majlis itu rasa macam nak terjun dalam lautan air batu.......it was that hot!



5 comments:

Anonymous said...

Oic...patut pun x mai ambk seluar ali baba yg ha beli kat bangkok 2...heh heh!Btw, tahniah ko Afiq,dpt netbook foc....

naniasda said...

Boleh benda free semua nok...nanti gi amik seluar ali baba tu :)

Teh said...

Agaknya gapo difikir Afiq masa dok kilek netbook tuh.. kalu laa notebook atau lapbook baru best.

naniasda said...

Laptop Teh bukae Lapbook, nok2 lg hok blh mmasuk games bolasepak, lumbo keto pah tu action movies hok dio download slamo ni...hai budok2 loni takdok mainae lain selain bendo ni jah. As long as he uses it for what its meant to be used this netbook is good enough for him.

Teh said...

Hahaha .. ya lah laptop tertukar dgn buku utk baby lap book buku ribaan, dok atas riba n ibu bacakan cerita ...

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...