Monday 11 March 2013

Cerita Makkah lagi....

Hendak sambung cerita haji pun macam tidak senang hati bila mengenang para-para pejuang kita di Sabah sana rela menggadai nyawa untuk keselamatan negara berdaulat kita ini.  It is no joke when a life is snuffed out defending other lives....orang-orang yang ingat semua ini sandiwara kerajaan patut direbus dalam air panas bergelegok! 
 

Duduk-duduk tengok Kaabah pun dapat pahala...In shaa Allah
Setiap hari Ahad seperti biasa diadakan tazkirah yang disampaikan oleh anggota-anggota pejabat ini secara giliran.  So sebelum tazkirah disampaikan pada hari Ahad lepas  kesempatan diberi kepada seorang anggota yang baru pulang dari mengerjakan Umrah untuk bercerita sedikit pengalaman beliau di sana.  Sepertimana kata beliau memang sudah almaklum lah ramai antara kita yang sudah ke Makkah untuk mengerjakan  umrah mahupun haji dan masing-masing dengan pengalaman tersendiri semasa di sana.  Jadi dia kena fikir 'angle' mana hendak diambil untuk bercerita mengenai keadaan di sana.  Dia memilih untuk bercerita mengenai para jemaah yang datang dari pelbagai negara dengan pelbagai cara menunaikan ibadah yang agak aneh pada pandangan kita.  Mungkin mereka ini pun melihat kita sebagai aneh jugak ya...Wallahualam... 

 Colourful lagi pakaian jemaah dari benua Afrika ni and I can't help noticing they like to laze around like in the picture above...dia orang tak tahu yang ada orang ambil gambar mereka sedang bersantai sepesen saja.

 Picture above was captured at Masjid Nabawi, Madinah...kita sembahyang tutup litup nampak muka saja, tapi kebanyakan jemaah wanita dari Afrika, Eropah, India boleh pulak sembahyang nampak kaki, mungkin mazhab mereka membolehkan berbuat demikian.  Berabaya abaya jugak tapi tengok tu...pakai high heels lagi dan pastinya handbag berjenama... a familiar picture here for these Arabs loaded with money.  Bercakap pasal jemaah wanita ni, saya paling tak tahan dengan jemaah wanita dari Turki, mereka ini sentiasa berjalan berkumpulan so sesiapa didepan mereka akan terus ditolak dengan kasar.  I was subjected to their rough ways of shoving and pushing several times.  Naik geram jugak pada satu masa semasa hendak keluar daripada masjid ditolak dengan kasar oleh salah seorang mereka ni.  Sebaik saja dia melintas tangan saya cepat hendak tolak dia balik tetapi dihalang oleh suami.  Kalau tidak dihalang oleh suami sudah terpelanting dia jatuh di tangga betul-betul di depan....tapi sabar kena sabar ya masa di sana

 Lagi gambar jemaah bersantai/tidur atas lantai marmar yang sejuk dalam Masjidilharam.  Ini di bahagian masjid berhawa dingin.

 Abdul Aziz sipenjual minyak wangi yang peramah di lobi hotel Al-Janadriyah....boleh kecek kelate dengan fasih walaupun tidak pernah menjejak kaki ke bumi Kelantan, pelik kan?  Bapa berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkahwin dengan wanita tempatan (arab) di Makkah.  Apabila ditanya kenapa tak pernah ke Kelantan, jawabnya tok nenek dia semua dah berhijrah ke Makkah.  Kalau ke Malaysia pun setakat ke Kuala Lumpur saja.  Untungnya dapat bermastautin di Tanah Haram..

4 comments:

Teh Ani said...

Dulu kena himpit oleh wanita Badwi masa solat. dah mari lambat nak himpit ore lain sampai nak terkeluar saf, badan mereka besar, hitam, muka coreng2 dan ada yang pakai topeng ada lubang untuk mata dan mulut.

naniasda said...

kali ni ore Turki yang berlagak aggressive, masa gi umurah dulu ada jupo yg pakai topeng keras mcm cardboard mcm Teh describe tu tapi kali ni tak dok pun, mungkin out of fashion dah..haha

Azie kitchen said...

As salam. Rindunya pada Baitullah. Doakan semoga saya dpt menjejakkan kaki lagi ke sana.

naniasda said...

Wkmslm Azie,
Terima kasih kerana sudi singgah di sini. In Shaa Allah..begitu jugak semua yang sudah sampai ke sana kalau blh nak kunjung lagi kalau diizinNya.

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...