Friday 7 July 2017

Silatulrahim Legasi Che Wo Hj. Ismail dan Wo Che Jah di Hari Raya Aidil Fitri 2017

Julung-julung kali diadakan perjumpaan silatulrahim generasi ke-3, 4 dan 5 anak-anak cucu ciok datuk dan nenek kami sempena merayakan aidil fitri di hari yang kedua...

Idea perjumpaan dicetuskan oleh kakak penulis blog ini dan kami merupakan generasi ke-3 legasi Che Wo Hj. Ismail dan Wo Che Jah disebelah  emak.  Yup..together with my remaining two elder brothers and 2 other sisters plus few remaining cousins who are in their seventies, we are the oldest members in this clan.   Day by day we are getting older and sooner or later we will not be around on this earth...following the footsteps of the 2nd generation...

Hubungan dengan sepupu-sepupu dahulu agak rapat masa emak ayah masih hidup dan dengan anak-anak sepupu pun rapat jugak, disebabkan keluarga penulis menghuni di rumah peninggalan arwah CheWo danWo, sepupu sepapat kami sentiasa mengunjungi kalau tidak pun bermalam sehari dua dan jika ada yang jatuh sakit ke rumah pusaka ini lah yang menjadi tempat untuk berawat dan kembali pulih...that's how close we were in the sixties...

Zaman beredar ramai anak beranak merantau ke negeri lain terutamanya ke Kuala Lumpur...mereka mempunyai keluarga masing-masing dan hubungan jadi renggang dek tugasan kerja dan sebagainya lah...

Dengan daya usaha my sis Teh Ani, yang create whatsapps group untuk Legasi Che Wo Hj. Ismail dan Wo Che Joh  untuk hidupkan kembali silatulrahim clan ini, tediously she was the one who keep on adding far-flung relatives to the group, so far  we have 84 members in this legacy group and still counting.

Alhamdulillah, perjumpaan diadakan di rumah pusaka Che Wo yang sekarang dihuni oleh adik bongsu penulis...walau pun tidak semua dapat hadir kita semua bersyukur kerana dengan izinNya dapat juga cucu-cucu ciok Che Wo dan Wo bertemu mata, ada yang untuk pertama kali...

Sessi bergambar pun dipecah kepada tiga kumpulan mengikut kehadiran masing-masing...In shaa Allah semoga perjumpaan pertama ini disusuli dengan perjumpaan silatulrahim dengan dihadiri oleh lebih ramai anok beranok lain di tahun-tahun yang akan datang...

The pictures were taken with the background of the  family door with the blue rooftop...https://naniasda.blogspot.my/2011/11/this-old-wooden-door.html






Gambar cicit yang cute, cucu kepada anak sepupu..


Nasi Maghlubah yang dimasak oleh anak saudara was the main attraction that day..


3 comments:

Teh Ani said...

Patut sebutbab pintu papan keluarga tu. semua ank-anak moyang kita Haji Mohamad Abful Salam atsu lebih dikenali dgn nama Mat Doboh meletak syarat dipasang pintu pagar kawasan rumah yg seripa dan jangan diroboh agar cucu cicit ciut dpt cam.

Teh Ani said...

oops typo..semua anak bkn semua anak-anak, atau, Abdul

naniasda said...

Sori xingat nak kaitkan pintu di belakang tu dgn perjumpaan kito anok beranok...will make a link to this post later.

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...