Bermula April 2011 (come to think of it... its the same age as my blog) rumah pusaka antik berusia lebih 100 tahun ini telah dijadikan tempat menimba ilmu ugama. Sesiapa yang pernah lalu/mengguna Jalan Pos Office Lama untuk ke Penambang, Pantai Cahaya Bulan pasti terpandang rumah antik ini disebelah kiri jalan. Dobah Darul Quran ini adalah sempena nama isteri termuda Haji Mohammad (moyang kami yang berasal dari Pattani). Dobah merupakan nama isteri kesayangan Haji Muhammad hingga saudagar sutera ini dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Mat Doboh. Pemilik asal rumah ini adalah anak Mat Dobah dengan isteri pertamanya Che Moh, iaitu Che Noh. Rumah ini kemudiannya diserahkan kepada anak bongsu Che Noh, Poksu Zin sebelum diwarisi oleh kelapan-lapan anak beliau.
Cerita sikit pasal zaman dulu-dulu ni (tahun 60an)...isteri Poksu Zain, Moksu Mbon (tak reti nok eja) terkenal dengan jualan nasi belauk, nasi kerabu, apam kukus berkuah. Nasi belauk hari tu boleh dibeli dengan harga 10 sen saja, kenyang makan. Sampai hari ini tidak jumpa lagi sesiapa yang boleh buat apam kukus berkuah sesedap Moksu Mbon.
This unique antique house often captured the attention of tourists who stopped by to take snapshots of it. It was featured in several local design magazines due to its beautiful carvings and unique design.
Atas berkat usaha salah seorang anak Poksu Zin iaitu Hjh Hazimah Mohd Zin, kami panggil dia Che Chik (sekarang pesara Penolong Pegawai Belia dan Sukan) dan persetujuan adik beradiknya yang lain rumah pusaka ini dijadikan tempat pusat pengajian agama selepas tiada kata sepakat untuk menjual rumah pusaka ini. Rumah ini sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni kerana semua adik beradik Che Chik mempunyai rumah sendiri di tempat lain.
Pada 12 Rabiulawal 1434 yang lepas Dobah Darul Quran menganjurkan Majlis Maulidur Rasul dan itulah pertama kali saya ke sana untuk sama-sama rai dan selawat ke atas Rasul kita. Tiada kesempatan sebelum ini untuk sama-sama mengikuti program keagamaan di sini disebabkan saya masih bekerja. Hari itu kami diberi ceramah/tazkirah oleh Ustaz Sanusi yang juga merupakan ustaz yang menyampaikan tazkirah pada setiap hari Khamis di Dobah Darul Quran ini.
Kuih Muih yang disaji pada Majlis Maulidur Rasul |
Baru dua tahun dijadikan pusat keagamaan, rumah ini berfungsi sebagai tempat mereka yang ingin belajar agama termasuk tajwid al-Quran dan tazkirah agama. Setiap petang Sabtu diadakan kelas tajwid al-Quran manakala setiap pagi Khamis pula diadakan tazkirah agama melalui dua tenaga pengajar.
Malah ada juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadikan rumah ini sebagai lokasi aktiviti keagamaan seperti Maulidurrasul dan majlis yang membabitkan anak yatim. Tiada peruntukan diterima sebaliknya perbelanjaan ditanggung sekeluarga dan waris-waris terdekat. Sebagaimana kata Che Chik, "kami ikhlas menjadikan rumah pusaka ini tempat ibadat dan saya cukup berpuas hati dengan kedatangan penduduk setempat yang mengimarahkan rumah ini. Kalau ada derma dan sumbangan peribadi daripada mereka sekalipun, saya gunakan untuk membayar elaun tenaga pengajar dan upah orang yang menjaga rumah ini selain membayar bil api serta air".
Di sini diwar-warkan program majlis ilmu di Dobah Darul Quran:
Hari Sabtu - 3.00 petang - selepas Asar - Tajwid (diajar oleh Hjh Khadijah iaitu anak murid Hjh Faridah, qariah terkenal)
Hari Selasa - 10.00 pagi - 11 pagi - Hadis Rasulullah & Fekah - Ustazah Rohani
Hari Khamis - 10.00 pagi - 11 pagi - Tazkirah - Ustaz Sanusi
Nombor telefon yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut:
014-846 0040 - Hjh Hazimah Mohd Zin
013-939 7969 - Puan Nor Suhaili
20 comments:
Silakan silakan selaekae sesiapa yang tidak sibuk .. semua dijemput
agok-agok ado ko warga KB baco blog ni...kalu ado gak buleh lah selekae samo-samo ke Dobah Darul Quran.
pB tahu ghumoh nie ....
ghumoh mok sdaro pB area sini.
namo gapo mok sdaro pB, rumoh duk alik mano? kut2 kak yah kenallah sebab rumoh mok kak yah depe rumoh antik ni, mugo anok branok blako.
salam kenal naniasda, yes i agree wth u, the carvings were awesome, halusnya kerja tangan org dulu2 kan? no wonder tourists suka ambik gmbar.one day I hope i wll have the opportunity to do the same.
Wkmslm..salam kenal kembali :) I was blog hopping when I discovered your blog via your comment on of the blogs..memoirs of a doctor. Your blog title 'Bits & Pieces of Me' sounds interesting and when I looked it up lagilah menarik especially the parts where you reminisced the time when you were a child, makes me remember my childhood days too. Keep on writing Teacher :)
Masih lagi teringat waktu arwah mok kito n arwah moksu embon ba'di tewah berene dari arah kawase dapur ghumoh ni ko arah depe ghumoh tiko banjir thn kalu x silap thn 1974 ko 1975 gitu....
sunah,
kito ni hok lalui banjir acak kali maso kecik-kecik dulu x pandai berenae pah ko loni huhu
Ya Allah seronoknya ada disediakan tempat sebegini di sana, tempat kami tak de pun. :(
MFM,
Mmg byk di sini tempat2 utk kita sama-sama meningkatkan lg ilmu ugama, di ofis akak pun ada ceramah/menadah kitab setiap hari selasa dan khamis dan pembetulan bacaan al-quran (tajwid) oleh ustaz/ustazah utk anggota.
salam akak, saya dan kwn2 dr uia ada buat kajian berdekatan dobah darul quran ni iaitu muzium islam sbelah muhammadi. sy sgt tertarik dgn semi ukir dan senibina melayu kat rumah dobah ni..andaikata sy dan kwn2 nk pergi melawat boleh ke smbil nk tnya salah silah sket
Wkmslm Fareeha Azmi,
Rumah ni memang sejak dulu menjadi tarikan kepada student-student senibina yg ingin tahu lebih lanjut mengenai pembinaannya. Adik boleh hubungi Hjh Hazimah di nombor telefon yang disertakan di atas untuk keterangan lanjut. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pak Su Zin tu ayah saudara ayah saya, jadi Tok Sedara saya tu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pak Su Zin tu ayah saudara ayah saya, jadi Tok Sedara saya tu
Aslmkm, tahniah tentang cerita Dobah ni
Rumah ni tempat ambo main masa kecil2
Gemuloh Pak su mat zin dan chek mbon ... ambo sempat jumpa
sempat makan nasi belauk ... memang sedap
Mudah2an rumah ni dan legasi Dobah dapat di kekal dan beri faedah kpd Masyarakat setempat, ugama dan bangsa
Tkasih
Azmi @ Nik Mohd Azmi @ Azmi Bogart
19..namo gapo ayah demo? Kito ni anok beranok blako, Poksu Zin tu sepupu arwoh Mok saya, Moksu Mbon pon waris jugok dgn Mok.
Rumah legasi Poksu Zin Moksu Mbon sekarang sudah disewa kepada budak2 Tahfiz Al-Quran..
Naniasda, mcmn ya sy nk hubungi Hajah Hazimah. Sy cuba guna nombor yg dinyatakan tu, tapi xdapat. Rasanya sudah bertukar no.
Ni no sy 0142572040
Kalo Naniasda xkeberatan, bleh x sms sy no Naniasda utk sy hubungi? Terima kasih sgt2. Sy mmg dh lama cari org yg boleh sy rujuk utk melawat dan buat kajian psl rumah tu.
Ni nombor anak puan hjh hazimah, puan nur suhaili-0139397969.
Post a Comment