Showing posts with label Addin - The Way Of Life. Show all posts
Showing posts with label Addin - The Way Of Life. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

43 perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau penyebab ditimpa kesusahan




Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1.  Tidak sembahyang atau solat.

2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3.  Makan atas pinggan yang terbalik.

4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6.  Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7.  Suka bersandar pada pintu rumah.

8.  Suka duduk di atas tangga.

9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. Tidak membersihkan rumah.

12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. Suka tidur di atas muka.

15. Membakar kulit bawang.

16. Menjahit baju yang sedang dipakai.

17. Mengelap muka dengan baju.

18. Berdiri sambil bercekak pinggang.

19. Tidur tidak memakai baju.

20. Makan sebelum mandi hadas.

21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. Lambat pulang dari masjid.

24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. Suka memadam pelita dengan nafas.

27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. Memakai seluar sambil berdiri.

31. Memakai serban sambil duduk.

32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. Makan dengan menggunakan dua jari.

34. Berjalan di antara kambing.

35. Berjalan di antara dua perempuan.

36. Suka mempermainkan janggut.

37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. Suka menggigit kuku dengan mulut.

40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. Menguap ketika solat.

43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

*Text berwarna biru merupakan perkara-perkara yang kerap kita terbuat.


Satu perkongsian yang diterima melalui emel ...Jazakallah Khairan Kathira Norliza Abdul Razak...

Thursday, 25 April 2013

Menjana Insan Kamil

Tengah hari tadi pengurusan pejabat mengadakan 'Luncheon Talk' bersama YBhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz dan semua anggota dijemput hadir untuk program pengisian rohani ini.  Biasa menonton dan mengikuti tazkirah/ceramah beliau hanya melalui kaca tv tapi kali ini dapat melihat beliau 'in person'.


Tajuk yang saya rasa sangat 'interesting' disampaikan oleh beliau iaitu macam mana 'Menjana Insan Kamil'.  Saya pun bukan pandai sangat hendak menterjemah kembali di sini apa yang Dato' Abu Hassan Din sampaikan but I was thinking this is such an interesting subject  to just passed it up.  From my jottings ... Ustaz started by explaining the word 'mankind' (manusia), dalam Al-Quran 'manusia' disebut sebagai 'Insan' dan 'Nas'.  'Insan' bermaksud manusia yang suka buat perkara yang elok/positif manakala 'Nas' bermaksud yang sebaliknya...buat perkara-perkara yang negatif/dosa.  Perkataan 'Insan' disebut sebanyak 93 kali manakala 'Nas' disebut sebanyak 287 kali dalam Al-Quran.  Ayat-ayat yang mengandungi 'Nas' diturunkan kepada Rasulullah SAW semasa baginda di Makkah...menggambarkan masyarakat di Makkah masa itu begitu payah dan menentang untuk menerima ajaran Rasulullah SAW jadi tidak hairanlah Rasulullah berdakwah di Makkah selama 13 tahun hanya 600 belas-belas orang sahaja yang memeluk Islam.  Manakala ayat-ayat yang mengandungi 'Insan' diturunkan di Madinah di mana masyarakat di situ bersedia menerima ajaran Rasulullah SAW dan beratus ribu orang yang memeluk Islam di situ. 

Untuk jana manusia yang suka buat baik bukan di usia 20 tahun ataupun 30 tahun tetapi semenjak anak baru lahir lagi.  Kita hendaklah teladani Nabi kita..Rasulullah SAW diberi nama yang amat bagus iaitu Muhammad yang bermaksud Yang Terpuji, Dirahmati.  Selepas dilahirkan baginda menyusu dengan ibunya Aminah untuk beberapa hari sahaja dan selepas itu susu ibu baginda kering.  Kalau kita ibu-ibu di tahun-tahun enam puluhan, tujuh puluhan hinggalah sekarang akan segera mencari susu lembu (susu formula) untuk bayi tetapi  namun tidak begitu dengan ibu Nabi..walaupun kalau kita fikir di kala itu susu unta pun ada boleh diberi kepada Nabi.  Rasulullah diserahkan kepada Halimatul Saadiah untuk disusukan sehinggalah berusia 2 tahun.  Sebagaimana firman Allah SWT ...
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233

Memang benar banyak implikasi yang negatif timbul sekiranya menyusu anak yang belum sampai umur dua tahun dengan susu  lain selain dari susu ibu.  Tetapi di zaman kita ni siapa yang hendak praktik amalan seperti ini, sekira seorang ibu itu sudah kering susunya diserah kepada wanita lain untuk menyusu anaknya?  Selepas dua tahun ikutlah nak beri susu kambing ke, susu lembu ke, susu unta ke...

Masuk alam kanak-kanak hendaklah di tarbiyahkan...apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh dibuat dan di alam remaja hendaklah di ta'lim ..merupakan proses pemberian pengetahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya (ketrampilan).  

Alhamdulillah kalau diikut langkah-langkah di atas akan boleh jana insan yang kamil tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku...semakin terserlah keburukan perangai masing-masing especially di media-media sosial hendak-hendak dengan isu yang paling panas sekarang menjelang PRU 13 ni..memaki hamun menjadi mainan biasa saja.  So to young parents out there especially to my daughter and son-in-law..raise your kids the way as our Rasulullah SAW was raised.  Dato' Abu Hassan pun ada sebut zaman sekarang memang ramai manusia Nas daripada yang Insan...renung-renungkanlah...

Apa yang baik hanya daripada Allah SWT dan apa yang buruk hanya daripada diri ini...Wallahualam...



Wednesday, 10 April 2013

The Pinnacle Part (2)

....hari sudah beransur gelap bila kami sampai untuk bermabit di Muzdalifah, jarak antara Arafah dan Muzdalifah adalah lebihkurang 7 kilometer. Padang luas itu masih kosong kerana kami adalah antara jemaah yang awal tiba di situ.  Hubby and I chose a site a bit further in quite near to the fence to sit for part of the night but later realized our mistake when the time comes for us to leave.... as the night progressed more and more pilgrims arrived and soon enough the field was packed to the brim.  Mula-mula tu tolong jugak hubby cari anak-anak batu untuk dibuat melontar  di Mina nanti tetapi dengan keadaan padang yang semakin sesak dengan jemaah I gave up (actually letih and nak pejamkan mata sekejap) and leave it to hubby to collect the rest of the pebbles...ngepek jugok orang tuo tu hehe..

Di luar pagar di atas jalanraya berduyun-duyun jemaah dari Indonesia berjalan kaki ke arah Mina...meriah jugak suasana ketika itu melihat mereka berarak ramai-ramai sambil melambai-lambai tangan ke arah jemaah Malaysia.  Punyalah susah hendak keluar bila tiba masa untuk tinggalkan Muzdalifah, terpaksa langkah kaki dan belakang jemaah lain untuk sampai ke tempat menunggu bas.  We should have sat nearer to the entrance to make our exit easier. 

Suasana di Muzdalifah dan gambar ini diambil oleh hubby dan kebetulan jemaah wanita ini berpaling dan senyum ke arah kami semasa gambar diambil...tidak ada gambar lain untuk menggambarkan suasana bermabit di Muzdalifah so have to put up this one, hope whoever she is don't mind :)

Jarak antara Muzdalifah ke Mina lebihkurang 6.9 kilometer, kali ni khemah di Mina ada air con dan lantai ada carpet tetapi air con tidak berfungsi dengan baik mungkin banyak sangat debu yang melekat dalamnya.  What could one expect when the tents here are only in use once a year during the haj season. 




At Mina my room mates and I were allocated a patch of space at one end of the tent far away from the entrance and going in and out was not an easy task... where one has to nimbly stepped over bags, legs and heads of others who are resting/sleeping like in the picture I took above.

Mujurlah semasa di Mina 'the call of nature' boleh dikawal dan tidak terasa sangat nak ke tandas.  Beratur panjang setiap kali ke tandas adalah amalan biasa untuk semua jemaah lebih-lebih lagi kena berkongsi penggunaan tandas dengan jemaah Thailand.  Saya perhati dia orang ni (jemaah Thai) suka sangat membasuh pakaian dan mandi walaupun tahu masa terhad untuk semua.  Tandas untuk jemaah lelaki Malaysia pun mereka ceroboh masuk hinggakan keluar satu pengumuman daripada seorang ustazah TH untuk semua jemaah wanita menutup aurat dengan sempurna semasa ke tandas kerana ada seorang jemaah lelaki yang sudah dot dot dot.... hehe. 


Suasana di Jamrah Qubra pada  10 Zulhijjah 1433/26 Oktober2012

Malam 10 Zulhijjah tu selepas  solat jamak tamam untuk maghrib dan  isyak jemaah KT 01 - KT 05  dibawa melontar untuk pertama kalinya di Jamratul Qubro, jamrah yang paling besar sekali.  Terdahulu semasa di Makkah taklimat telah diberi oleh petugas TH  dan  ditetapkan jemaah KT 01 - KT 05 buat Nafar Awal kerana penerbangan pertama pulang ke tanah air ialah pada 15 Zulhijjah/31 Oktober 2012 dan hanya perlu berada di Mina dua malam sahaja sebelum kembali ke Makkah pada 12 Zulhijjah untuk tawaf dan sa'ei haji. 

 Kaki hubby yang bengkak semasa di Arafah sudah surut sikit so dengan langkah yang tidak berapa cepat kami ikut rombongan ke jamrah.... I am such a slow coach when it comes to walking and could not keep up with the others who were really testing their speed walking.  Soon enough the man carrying the flag up front was lost to our sight, and we found ourselves walking in the midst of the Indonesian pilgrims and I think we walked about 20 - 25 minutes to reach the jamrah.  When we reached it most of the other pilgrims had already cast their pebbles at the jamrah pillar and leaving the area.  Kami buat tahallul awal malam itu dengan menggunting rambut sikit dan terlepaslah 10 larangan daripada 13 larangan berihram.  Ada dua pasangan room mates kami yang terus ke Makkah selepas melontar pada malam itu untuk selesaikan tawaf dan saei haji...mereka masih muda dan bertenaga so tidak ada masalah buat begini lebih-lebih lagi untuk jemaah wanita yang bimbang kut kut datang bulan kerana hendak tawaf kena berada dalam keadaan suci.  Yang lain seperti kami akan tunggu sehingga 12 Zulhijjah untuk selesaikan rukan haji ini di Makkah.  Perjalanan balik ke khemah daripada jamrah terasa amat jauh kerana kena lalui dua terowong kali ini.

 I cannot remember how long we walked and felt so relieved when at last I saw the white tips of the tent and the lights of Mina approaching my view.  It was only after 11 pm that night when I finally dropped my weary body and sore feet to have a bit of rest and sleep before waking up again around 3 am the next morning  to prepare for Subuh prayers and to face the long walk again to the jamrah to cast pebbles at all the three jamrah pillars this time.  It was quite refreshing having to walk to the jamrahs in the early morning but walking back to the tents when the sun is already up  is another matter.  That morning while I was casting the pebbles at Jamratul Ula  a sound of many running feet and loud shouts/screams  came from behind, it was a group of Indon pilgrims with orange scarves flying around their necks running up to the jamrah pillar and started to push and shoved their way roughly into the crowd, men and women alike screaming at the top of their voices and violently hurled the pebbles as if  hurling the pebbles at the syaitan itself.  I managed to push/shoved my way out of the wild crowd unharmed. It was disgusting they way they behaved maybe their ustaz back home taught them that's the correct way to stone the devil.

The long walk back to the tent with the sun getting hotter by the minute was exhausting and the soles of my feet was burning and I was dragging my feet most of the time, hubby's swollen toe started to give him trouble too maybe from all the walking the night before.  I really need to rest my aching and burning feet for a while when hubby caught sight of 3 Afghan pilgrims sitting and having an animated conversation on a mat by the roadside and asked their permission to let me sit for a while on their mat.  They graciously let hubby and I sit and we caught snippets of their conversations...tak faham apa yang dia orang cakap tapi ada dengar mereka sebut Amerika, Amerika dalam perbualan mereka itu.  Kebetulan saya ada bawa bekalan biskut dan sebagai tanda terima kasih hulur bungkusan biskut kepada mereka walaupun pada mula-mulanya mereka menolak tapi akhirnya terima jugak.  We limped back to our tents in Mina after making several short stops in the tunnels to rest our aching feet past 10 am.

The next morning the 12th of Zulhijjah was our last day in Mina and we were already informed by TH to be ready to leave for Makkah at 10 am.  I was worried if we can make it back to camp from the jamrah at the stated time.  However that morning I felt a certain vigour and after completing the ritual of  casting the stones at the three jamrahs and saying our doas  we quickly leave the place and I don't know where I got the extra energy and just quickened my steps and Alhamdulillah managed to reach camp way before 10 am..

...and it was there in Mina the significance and the whole of the haj rituals dawned upon me what real sacrifice means for the One and Only Almighty.

Monday, 1 April 2013

The Pinnacle Part (1)

...continuing the story of my ritual journey and the pinnacle part of the haj ritual to Arafah and later to Mina.

Walaupun apa yang berlaku dan dilalui semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina masih segar lagi dalam ingatan but I find it difficult to put down it in words.  Catatan pun dah bercampur aduk dwi bahasa..ada bahasa melayu ada bahasa inggeris but I guess the real feeling of what one has gone through the haj ritual is  embedded in each and every one's heart  and suffice to say what I have gone through only Allah SWT knows...

Berkumpul di lobi lif Tingkat 7, Hotel Al-Janadriyah sebelum bertolak ke Arafah pada 8 Zulhijjah 1433/24 Oktober 2012.  Bertolak sebelum waktu zohor dan perjalanan ke Arafah memakan masa lebih daripada satu jam yang sepatutnya.  Bas, van berhimpit-himpit berebut jalan untuk cepat sampai mengejar masa kerana ramai lagi jemaah yang perlu diangkut ke Arafah.  Macam-macam tingkah laku pemandu bas  ini sampai ada yang tunjuk batang besi ke arah pemandu bas lain sambil sumpah seranah (agaknyalah)  kepada pemandu bas lain. 


Beginilah keadaan dalam khemah di Arafah untuk Muasassah, beratapkan kain dan berlantaikan tikar plastik tapi Alhamdulillah bersama rakan sebilik boleh senyum dan terima keadaan seadanya.  Gambar diambil sementara menunggu waktu untuk wukuf pada 9 Zulhijjah/25 Oktober 2012. 

Bila ingat kembali mujurlah tidak hujan di kala itu, kalau hujan tak tau macam mana keadaan dalam khemah tu..  I could not close my eyes that night, ialah tak biasa berkumpul ramai-ramai  berhimpit-himpit dan panas pulak (kipas memang tak ada ya untuk muasassah) dalam satu khemah.  While trying to close my tired eyes that night my room mate Cikgu Ni lie down beside me with a prayer book in her hands but then she started to regale me with funny anecdotes of  her childhood.  She finally fell asleep but I was still wide awake when the last occupants of the tent, a mother and daughter team arrived.  They settled down beside me, tu yang lagi tak boleh nak tidur dengan pergerakan mereka, bila ditanya kenapa lambat sampai...mereka naik ambulans ke Arafah kerana maknya ada masalah sakit jantung... begitulah pulak tapi walau sakit macam mana pun wajib berada di Arafah untuk wukuf.  Suka tengok si anak melayan ibunya tanpa mengeluh sikit pun, semoga dia mendapat ganjaran pahala yang lebih dari Yang Maha Esa.  It was around 1 a.m and since I could not sleep  I made my way out of the tent to refresh myself at the toilet which was a few steps away (tak nak berebut sebelum jemaah lain bangun sebelum subuh).   The hot water refreshed me a bit... air sentiasa panas di tanah arab ni, entahlah mungkin cuaca panas masa tu kerana semasa mengerjakan umrah dulu di bulan disember air sejuk semasa mengambil wuduk di masjid Bir Ali.

Keesokannya semua dah prepare untuk wukuf, pagi itu  Menteri di JPM berkaitan Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Seri Jamil Khir Baharom ada jenguk dalam khemah bertanya khabar para jemaah...semua bagus Datuk! Menjelang zohor  kain khemah mengadap arah kiblat diangkat untuk sama-sama sembahyang jemaah jamak taman bersama imam.  Imam berdoa panjang selepas solat, mengalir airmata bila mengingati dosa-dosa yang lalu, tak cukup tissue menampung airmata huhu..satu peringatan untuk bakal haji (kalau ada yang baca coretan ini) bawalah stok tissue banyak-banyak like one of my room mate, untung dia sebab ada rakan dia yang sudah tunai haji advise dia bawa stok tissue.  Memang susah nak beli tissue di sana, kita ni jenis banyak guna tissue.  Tak cekak jajak kedai di sana cari tissue, akhirnya terpaksa pergi kat Safwa Towers (kawasan hotel-hotel elit tu) baru jumpa satu kedai dalam mall tu jual tissue.. that's the only shop I found selling packet of tissues masa tu. Masa di Madinah jenuh cari kedai jual pisau tapi elek semua...cuba cari di Makkah, alhamdulillah ada jual pisau di kedai yang jual semua barang berharga 2 riyal.  Popular gak pisau tu dengan room mates untuk potong buah-buahan etc..

Cerita sikit pasal hubby semasa di Arafah,  sebelah selipar dia jatuh ke dalam lubang yang agak dalam di tempat wuduk, so kena hati-hati masa ambil wuduk sebab bawah paip tu ada lubang dalam.  Dah ada sebelah selipar macam mana nak pakai, mujurlah seorang room mate dia bawak selipar spare so pinjam selipar dengan kawan tu.  Sampai di Mina baru beli selipar baru. Mungkin ujian jugak untuk hubby apabila ibu jari kaki kanan dia membengkaklah pulok (gout), he was drinking a lot of the sweet mango juice while in Makkah and the acidity of the juice might have caused the swelling.  Masa tu terfikirlah jugak macam mana dia nak berjalan jauh untuk melontar di Mina nanti.

Menjelang petang semua jemaah KT 01 bersiap-siap untuk ke Muzdalifah, sebaik saja matahari gelincir, para jemaah lain sedang bersiap-siap untuk sembahyang maghrib dan isya' kita semua tunggu kedatangan bas.

next episode di Muzdalifah dan Mina....


Monday, 11 March 2013

Cerita Makkah lagi....

Hendak sambung cerita haji pun macam tidak senang hati bila mengenang para-para pejuang kita di Sabah sana rela menggadai nyawa untuk keselamatan negara berdaulat kita ini.  It is no joke when a life is snuffed out defending other lives....orang-orang yang ingat semua ini sandiwara kerajaan patut direbus dalam air panas bergelegok! 
 

Duduk-duduk tengok Kaabah pun dapat pahala...In shaa Allah
Setiap hari Ahad seperti biasa diadakan tazkirah yang disampaikan oleh anggota-anggota pejabat ini secara giliran.  So sebelum tazkirah disampaikan pada hari Ahad lepas  kesempatan diberi kepada seorang anggota yang baru pulang dari mengerjakan Umrah untuk bercerita sedikit pengalaman beliau di sana.  Sepertimana kata beliau memang sudah almaklum lah ramai antara kita yang sudah ke Makkah untuk mengerjakan  umrah mahupun haji dan masing-masing dengan pengalaman tersendiri semasa di sana.  Jadi dia kena fikir 'angle' mana hendak diambil untuk bercerita mengenai keadaan di sana.  Dia memilih untuk bercerita mengenai para jemaah yang datang dari pelbagai negara dengan pelbagai cara menunaikan ibadah yang agak aneh pada pandangan kita.  Mungkin mereka ini pun melihat kita sebagai aneh jugak ya...Wallahualam... 

 Colourful lagi pakaian jemaah dari benua Afrika ni and I can't help noticing they like to laze around like in the picture above...dia orang tak tahu yang ada orang ambil gambar mereka sedang bersantai sepesen saja.

 Picture above was captured at Masjid Nabawi, Madinah...kita sembahyang tutup litup nampak muka saja, tapi kebanyakan jemaah wanita dari Afrika, Eropah, India boleh pulak sembahyang nampak kaki, mungkin mazhab mereka membolehkan berbuat demikian.  Berabaya abaya jugak tapi tengok tu...pakai high heels lagi dan pastinya handbag berjenama... a familiar picture here for these Arabs loaded with money.  Bercakap pasal jemaah wanita ni, saya paling tak tahan dengan jemaah wanita dari Turki, mereka ini sentiasa berjalan berkumpulan so sesiapa didepan mereka akan terus ditolak dengan kasar.  I was subjected to their rough ways of shoving and pushing several times.  Naik geram jugak pada satu masa semasa hendak keluar daripada masjid ditolak dengan kasar oleh salah seorang mereka ni.  Sebaik saja dia melintas tangan saya cepat hendak tolak dia balik tetapi dihalang oleh suami.  Kalau tidak dihalang oleh suami sudah terpelanting dia jatuh di tangga betul-betul di depan....tapi sabar kena sabar ya masa di sana

 Lagi gambar jemaah bersantai/tidur atas lantai marmar yang sejuk dalam Masjidilharam.  Ini di bahagian masjid berhawa dingin.

 Abdul Aziz sipenjual minyak wangi yang peramah di lobi hotel Al-Janadriyah....boleh kecek kelate dengan fasih walaupun tidak pernah menjejak kaki ke bumi Kelantan, pelik kan?  Bapa berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkahwin dengan wanita tempatan (arab) di Makkah.  Apabila ditanya kenapa tak pernah ke Kelantan, jawabnya tok nenek dia semua dah berhijrah ke Makkah.  Kalau ke Malaysia pun setakat ke Kuala Lumpur saja.  Untungnya dapat bermastautin di Tanah Haram..

Wednesday, 20 February 2013

Once in Lifetime Ritual - Makkah

Memang sudah lama tertangguh nak post continuation my haj story sehinggalah terima one phone call from one dear blogger pagi ini tanya kenapa tak update lagi....she will be doing the ritual this year and would like to know some tips what should one do and not do there.   I remember one of my late aunts who went for haj in the early 1970s (the last to go to Saudi Arabia naik kapal laut untuk tunai haji), somebody asked her how did she perform the haj rituals, she answered simply....mok cik turut apo orang lain buatlah.  Iyelah dulu-dulu mana ada badan-badan seperti Tabung Haji nak tolong bakal-bakal  haji berkursus tentang bagaimana hendak menunaikan haji dengan sempurna.  Dulu-dulu pun ramai mak ayah kita yang 'unlettered'....tidak boleh membaca dan menulis (tidak termasuk mok saya...even though she can't write but she can read the jawi scripture and the Utusan Melayu jawi was her main staple diet everyday).

Times change... sekarang Tabung Haji sudah melengkapi segalanya untuk para bakal-bakal haji....dengan kursus-kursus haji tiap-tiap hujung minggu di masjid-masjid terpilih, kursus intensif haji selama dua hari (semasa kursus ini diadakan satu ujian objektif menguji pengetahuan bakal haji mengenai cara-cara mengerjakan haji, kalau tidak lulus ujian ini akan diberi satu lagi kursus yang lebih intensif  supaya bakal haji itu betul-betul memahami perkara-perkara mengenai haji)  dan Perdana Haji  sebagai persiapan untuk memudahkan bakal-bakal haji menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  I would say Tabung Haji really take good care of us while we were there, saya ni ikut muasassah so 100% bergantung kepada khidmat Tabung Haji, tak tau cerita pasal mereka yang ikut package...layanan lain, duduk di hotel-hotel dekat dengan Masjidilharam, makan secara bufet tapi di Arafah dan Mina kena berebut jugak bila hendak guna tandas...agaknyalah.


Ok back to the times when I was in Makkah....  di bawah jalan 'flyover' inilah hari-hari berjalan untuk ke Masjidilharam, jalan menurun ke masjid dan bila jalan balik tonggek punggunglah daki bukit ke hotel.

Al-Janadriyah sememangnya a very happening place.  Kebanyakan berita berkaitan jemaah haji dirakam di sini untuk siaran tv di tanah air.  Ini saya tahu semasa duk sms dengan famili di tanah air, mereka tanya kenapalah tak 'enterframe' muka tu semasa orang-orang tv duk sibuk interview jemaah haji lain, boleh juga anok branok di rumah tengok ...tak ada maknanya nak 'enterframe' lagipun bila balik masjid berpeluh dan lekit dek jalan berdebu di sana.  Ada jugak semasa mula-mula sampai di Madinah ditemuduga oleh tv mana tak tahulah...harap-harap tv tak siarlah clip tu, gugup semacamlah masa bercakap sebab manalah pernah disua microphone dan dipancar lampu ke kita sebelum ni..hehe.

A favourite picture of the Kaabah taken from Masjidilharam's rooftop in the morning after dhuha's prayers

 Kaunter kewangan untuk urusan pengeluaran wang, bilik-bilik  rawatan untuk  keempat-empat Maktab di tingkat-tingkat berlainan dan satu farmasi di ground floor disediakan di Al-Janadriyah.  There's a cafe too here but with ridiculously high priced food...a piece of Kuih Bakar can set you back by 3 Saudi Riyal and the cafe is always packed in the mornings...sesiapa yang tidak ke masjidilharam untuk sembahyang subuh dapatlah beli makanan pagi2 lagi di sini untuk breakfast...lupa nak ambil gambar cafe ni.  

Suasana pagi di luar hotel...peniaga berasal dari Patani, Indonesia membuka jualan masing-masing di depan pintu masuk hotel.  Ada dijual telekung, jubah, barang kemas tiruan serta makanan untuk breakfast.  Restoran Al-Barakah di sebelah hotel, kari ayam, kambing mereka memang sedap. 

 As I am not one for walking long distances, my left leg always wears me down...we chose to go the masjid by riding a van and sometimes cabs.  These vans driven by the locals are stationed right infront of the hotel.  The drivers will shout 'HARAM, HARAM, HARAM'  at the top of the voices to get the attention those going to the masjid and for only 2 saudi riyals, they will drop us outside masjidilharam.  Mula-mula pelik juga kenapa drivers ni shouting 'haram, haram, haram!'... iyelah kalau haram mana boleh nak naik van tu kan...rupa-rupanya singkatan nama untuk masjidilharam.  When more pilgrims begin to converge in Makkah, the police blocked the road leading to masjid haram to these vans/cabs and we have to walk to the masjid... 

Gambaran suasana pagi di luar hotel Al-Janadriyah...anak Arab jual sejadah, jubah dan para haji dari Malaysia membeli belah. The best time to do any shopping is in the morning and after solat Isya at night, selepas zohor cuaca semakin panas .....   to be continued :)



Wednesday, 6 February 2013

Once In A Lifetime Ritual - Makkah Al Mukarramah

 Tukar sikit tajuk daripada yang dulu...Lifetime Journey, this sounds more appropriate..Lifetime Ritual (got the idea from Al-Manar...tq Pakcik hikhik).  Entah berapa lama tertangguh nak sambung cerita musim haji tahun lalu, kini Tabung Haji sudah pun hantar surat tawaran kepada bakal-bakal haji untuk musim haji tahun 1434H/2013 dan bila baca blog-blog orang lain yang bercerita pengalaman masing-masing di Tanah Suci.... terasa I am so insignificant to write about my haj there, well ....to each his or her own....

And so...the story continues (untuk sesiapa yang baca entry di Madinah dulu lah).    KT 01 pilgrims boarded nine buses to Makkah on our ninth day in Madinah after Asar prayers.  Hubby and I rode on Bus No. 6.  The journey to Makkah took about 6 to 7 hours being the distance from Madinah to Makkah is 337.88 km.  Sebenarnya saya tidak tahu berapa jauh antara Madinah dan Makkah kerana ada maklumat mengatakan 400 km lebih.  There was a brief  stopover at Bir Ali for miqat (vow or intention to perform the Umrah later in Makkah).  Bir Ali dengan Madinah ni dekat saja cuma 15 minit perjalanan. 

 Semasa taklimat di Madinah sebelum berangkat ke Makkah,  Ustaz TH ada sebut yang jemaah haji tidak perlu beri 'baqsis' (tips) kepada pemandu bas tapi tahu tahu sajalah perangai setengah pemandu bas di sana yang suka melambat-lambatkan perjalanan untuk sampai ke destinasi.  So awal-awal lagi kutipan dibuat untuk beri baqsis kepada pemandu bas No. 6 supaya perjalanan kami lancar..In Shaa Allah.  Seperti biasa jemaah disaran agar bertalbiyah sepanjang perjalanan ke Makkah, pemandu bas pun sama-sama bertalbiyah menaikkan semangat para jemaah dalam bas, almaklumlah dah dapat baqsis kan..... Setelah hari bertambah gelap dan perjalanan semakin jauh meninggalkan  Madinah, suara-suara bertalbiyah semakin kendur dan akhirnya sunyi sepi, hampir kesemua jemaah lena masa ini.  Kalau celik mata pun bukannya boleh tengok apa-apa di luar...gelap gelemak!

Dusk comes early there and it might have been around 7 pm or 8 pm when the bus made a stop at a roadside eatery with a neon signage 'Coffee' for us to get down for some refreshment and performed the solat jamak for maghrib and isya.  Even though we were on bus no. 6, our bus was the first to arrive at this spot.  The driver must have overtook the earlier buses and must be mentioned he was jovial (speaking arabic) all the way...due to the baqsis no doubt hehe.  So in the quite cool night air I made my way to a so-called toilet for women for ablutions.  The place is a far cry after the comforts of the toilet at Movenpick hotel Madinah... I won't go any further with the description, for to anyone who has been there will know what I'm talking about.  There's a compensation though and hubby has not stopped comparing the hot delicious 'mandey' rice served at the eatery with half of a roasted chicken with the ones we had eaten in Makkah or Madinah.  I'm a coffee/nescafe person and how nice to have a cup of it to perk me up but sorry only tea with milk was available there...so the coffee signage was only for show..sigh.  When the other buses started arriving we were ready to leave the place. 

At one point of the journey the driver slowed down in the middle of nowhere (to me ie.), there was a car accident on the other side of the road.  I did not get a good view of what hit what...but there was already a small crowd with the police and an ambulance in the middle of nowhere there. Sleep took over and I was awaken by the loud talbiyah of the driver ...Labbaik-Allah hummalabaik..Labbaika la sharika laka labbaik..Innalhamda, wa'ni'mata, lakawal mulk, la sharika lak... thus joined by the voices of the pilgrims signalling we were ready to enter Makkah... "Here I am at your service O Allah, here I am at your service and no partners do you have. Verily, all praise and all bounty belongs to you, and  yours alone is the sovereignty.  No partners do you have".  

It must have been around 11 pm when we arrived at the Abraj Al-Janadriyah, a big brown building which housed the Tabung Haji Headquarters here in Makkah.  Likewise in Madinah, there was a small reception waiting for us as we stepped off the bus (we were the first to arrive ..yet again, we must have done something good to be the first to arrive among the nine buses hahaha...just kidding! Only Allah knows best!)  This time we were given a small plastic ewer filled with Zam Zam water...Alhamdulillah. 

 Gambar kongsi daripada blog 'Kehidupan Makkah' (thank you) - arrow showing the big brown  hotel at Al-Janadriyah where we reside for the rest of our stay in Makkah.  Gambar ini diambil dari arah Masjidil Haram dan jauhnya ke masjid ialah kira-kira 750 meter.. ini tidak termasuk berjalan masuk kawasan masjid untuk mencari tempat-tempat solat yang sesuai.

TH cramped 5 other ladies and I in the room below (on the 7th floor)...who am I to complain maybe I did something bad to deserve this hahaha..(padan muka).   So there we were, six of us in this small room with not enough space to stash our luggage and personal belongings.  Two other beds were not in the picture, the toilet was just outside the room.  Interestingly enough all of them were from my own State, one of them was my room mate in Madinah so it was kind of a familiarity when we quickly chose beds next to each other.  Three of my room mates were teachers teaching in secondary schools,  another room mate a desk officer with the Education Dept and my room mate in Madinah a homemaker  (later did I know from one of our many conversations that she was in the same batch as I was taking MCE from the same school in the middle of the 70s and was the best Malay science student for MCE for that particular year, so she was a brilliant homemaker!)  Her children made up for what she lacked in achieving her goals in being professionals - a doctor, an engineer, lecturers. 


Later did we know that pilgrims from other KTs were given a better deal than us on the upper floors (8th - 15th floors) with larger rooms with enough space to 'solat jemaah' in the middle..huhuhu.  Being tolerant  was the key being cooped up in a room that is more suited to  house  4 persons comfortably. But we all made by even though there were some hitches here and there and we were in a place where our patience will be tested (semua nak haji mabrur).

Selit sikit acara semasa di Madinah, Petugas Tabung Haji ada aturkan acara ziarah/lawatan ke Bukit Uhud, Masjid 2 Kubah, Masjid Tujuh dan Ladang Kurma.  Kalau tidak silap di hari ketiga di Madinah lawatan diadakan.  Tidak berapa menyeronokkan semasa ziarah ke tempat-tempat ini disebabkan cuaca yang panas terik, lagi pun dah pergi tempat sama semasa buat Umrah tahun 2000 dulu, tapi dalam ingat tak ingatlah. 

Tertarik dengan pandangan budak Arab ini menjual sejadah di Bukit Uhud, kesian tengok dia berkelip-kelip mata duduk di tengah panas tetapi agaknya dia sudah biasa dengan keadaan cuaca panas begini.

This is long enough...other episodes following In Shaa Allah!


Saturday, 2 February 2013

Dobah Darul Quran


Bermula April 2011 (come to think of it... its the same age as my blog)  rumah pusaka antik berusia lebih 100 tahun ini telah dijadikan tempat menimba ilmu ugama.  Sesiapa yang pernah lalu/mengguna Jalan Pos Office Lama untuk ke Penambang, Pantai Cahaya Bulan pasti terpandang rumah antik ini disebelah kiri jalan.  Dobah Darul Quran ini adalah sempena nama isteri termuda  Haji Mohammad  (moyang kami yang berasal dari Pattani).  Dobah merupakan nama isteri kesayangan Haji Muhammad hingga saudagar sutera ini dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Mat Doboh.  Pemilik asal  rumah ini adalah anak Mat Dobah dengan isteri pertamanya Che Moh, iaitu Che Noh. Rumah ini kemudiannya diserahkan kepada anak bongsu Che Noh, Poksu Zin sebelum diwarisi oleh kelapan-lapan anak beliau.

Cerita sikit pasal zaman dulu-dulu ni (tahun 60an)...isteri Poksu Zain, Moksu Mbon (tak reti nok eja)  terkenal dengan jualan nasi belauk, nasi kerabu, apam kukus berkuah.  Nasi belauk hari tu boleh dibeli dengan harga 10 sen saja, kenyang makan. Sampai hari ini tidak jumpa lagi sesiapa yang boleh buat apam kukus berkuah sesedap Moksu Mbon.  

This unique antique house often captured the attention of tourists who stopped by to take snapshots of it.   It was featured in several local design magazines due to its beautiful carvings and unique design. 







Atas berkat usaha salah seorang anak Poksu Zin iaitu Hjh Hazimah Mohd Zin, kami panggil dia Che Chik (sekarang pesara Penolong Pegawai Belia dan Sukan) dan persetujuan adik beradiknya yang lain rumah pusaka ini dijadikan tempat pusat pengajian agama selepas tiada kata sepakat untuk menjual rumah pusaka ini.   Rumah ini sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni kerana semua adik beradik Che Chik mempunyai rumah sendiri di tempat lain. 

Pada 12 Rabiulawal 1434 yang lepas Dobah Darul Quran menganjurkan Majlis Maulidur Rasul  dan itulah pertama kali saya ke sana untuk sama-sama rai dan selawat ke atas Rasul kita.  Tiada kesempatan sebelum ini  untuk sama-sama mengikuti program keagamaan di sini disebabkan saya masih bekerja.  Hari itu kami diberi ceramah/tazkirah oleh Ustaz Sanusi yang juga merupakan ustaz yang menyampaikan tazkirah pada setiap hari Khamis di Dobah Darul Quran ini.


Kuih Muih yang disaji pada Majlis Maulidur Rasul
Baru dua tahun dijadikan pusat keagamaan, rumah ini berfungsi sebagai tempat mereka yang ingin belajar agama termasuk tajwid al-Quran dan tazkirah agama.  Setiap petang Sabtu diadakan kelas tajwid al-Quran manakala setiap pagi Khamis pula diadakan tazkirah agama melalui dua tenaga pengajar.

Malah ada juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadikan rumah ini sebagai lokasi aktiviti keagamaan seperti Maulidurrasul dan majlis yang membabitkan anak yatim.  Tiada peruntukan diterima sebaliknya perbelanjaan ditanggung sekeluarga dan waris-waris terdekat.  Sebagaimana kata Che Chik, "kami ikhlas menjadikan rumah pusaka ini tempat ibadat dan saya cukup berpuas hati dengan kedatangan penduduk setempat yang mengimarahkan rumah ini.  Kalau ada derma dan sumbangan peribadi daripada mereka sekalipun, saya gunakan untuk membayar elaun tenaga pengajar dan upah orang yang menjaga rumah ini selain membayar bil api serta air".

Di sini diwar-warkan program majlis ilmu di Dobah Darul Quran:

Hari Sabtu     -   3.00 petang - selepas Asar  -  Tajwid (diajar oleh Hjh  Khadijah iaitu anak murid Hjh Faridah, qariah terkenal)

Hari Selasa    -  10.00 pagi - 11 pagi   -  Hadis Rasulullah & Fekah - Ustazah Rohani

Hari Khamis  -  10.00 pagi - 11 pagi   -  Tazkirah   -  Ustaz Sanusi

Nombor telefon yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut:
                      014-846 0040 - Hjh Hazimah Mohd Zin
                      013-939 7969 -  Puan Nor Suhaili
















Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...