Thursday, 25 April 2013

Menjana Insan Kamil

Tengah hari tadi pengurusan pejabat mengadakan 'Luncheon Talk' bersama YBhg Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz dan semua anggota dijemput hadir untuk program pengisian rohani ini.  Biasa menonton dan mengikuti tazkirah/ceramah beliau hanya melalui kaca tv tapi kali ini dapat melihat beliau 'in person'.


Tajuk yang saya rasa sangat 'interesting' disampaikan oleh beliau iaitu macam mana 'Menjana Insan Kamil'.  Saya pun bukan pandai sangat hendak menterjemah kembali di sini apa yang Dato' Abu Hassan Din sampaikan but I was thinking this is such an interesting subject  to just passed it up.  From my jottings ... Ustaz started by explaining the word 'mankind' (manusia), dalam Al-Quran 'manusia' disebut sebagai 'Insan' dan 'Nas'.  'Insan' bermaksud manusia yang suka buat perkara yang elok/positif manakala 'Nas' bermaksud yang sebaliknya...buat perkara-perkara yang negatif/dosa.  Perkataan 'Insan' disebut sebanyak 93 kali manakala 'Nas' disebut sebanyak 287 kali dalam Al-Quran.  Ayat-ayat yang mengandungi 'Nas' diturunkan kepada Rasulullah SAW semasa baginda di Makkah...menggambarkan masyarakat di Makkah masa itu begitu payah dan menentang untuk menerima ajaran Rasulullah SAW jadi tidak hairanlah Rasulullah berdakwah di Makkah selama 13 tahun hanya 600 belas-belas orang sahaja yang memeluk Islam.  Manakala ayat-ayat yang mengandungi 'Insan' diturunkan di Madinah di mana masyarakat di situ bersedia menerima ajaran Rasulullah SAW dan beratus ribu orang yang memeluk Islam di situ. 

Untuk jana manusia yang suka buat baik bukan di usia 20 tahun ataupun 30 tahun tetapi semenjak anak baru lahir lagi.  Kita hendaklah teladani Nabi kita..Rasulullah SAW diberi nama yang amat bagus iaitu Muhammad yang bermaksud Yang Terpuji, Dirahmati.  Selepas dilahirkan baginda menyusu dengan ibunya Aminah untuk beberapa hari sahaja dan selepas itu susu ibu baginda kering.  Kalau kita ibu-ibu di tahun-tahun enam puluhan, tujuh puluhan hinggalah sekarang akan segera mencari susu lembu (susu formula) untuk bayi tetapi  namun tidak begitu dengan ibu Nabi..walaupun kalau kita fikir di kala itu susu unta pun ada boleh diberi kepada Nabi.  Rasulullah diserahkan kepada Halimatul Saadiah untuk disusukan sehinggalah berusia 2 tahun.  Sebagaimana firman Allah SWT ...
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233

Memang benar banyak implikasi yang negatif timbul sekiranya menyusu anak yang belum sampai umur dua tahun dengan susu  lain selain dari susu ibu.  Tetapi di zaman kita ni siapa yang hendak praktik amalan seperti ini, sekira seorang ibu itu sudah kering susunya diserah kepada wanita lain untuk menyusu anaknya?  Selepas dua tahun ikutlah nak beri susu kambing ke, susu lembu ke, susu unta ke...

Masuk alam kanak-kanak hendaklah di tarbiyahkan...apa yang boleh dibuat, apa yang tidak boleh dibuat dan di alam remaja hendaklah di ta'lim ..merupakan proses pemberian pengetahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya (ketrampilan).  

Alhamdulillah kalau diikut langkah-langkah di atas akan boleh jana insan yang kamil tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku...semakin terserlah keburukan perangai masing-masing especially di media-media sosial hendak-hendak dengan isu yang paling panas sekarang menjelang PRU 13 ni..memaki hamun menjadi mainan biasa saja.  So to young parents out there especially to my daughter and son-in-law..raise your kids the way as our Rasulullah SAW was raised.  Dato' Abu Hassan pun ada sebut zaman sekarang memang ramai manusia Nas daripada yang Insan...renung-renungkanlah...

Apa yang baik hanya daripada Allah SWT dan apa yang buruk hanya daripada diri ini...Wallahualam...



2 comments:

Al-Manar said...

He is one of the few 'penceramah' I adimre.

naniasda said...

I hope he will stay this way and not be influenced by any political groups.

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...