Friday, 8 November 2013

Kenangan Sekejap di Istanbul

 I was in Istanbul in the year 2000 and these look-alike tellytubbies in the picture below might be around 2 or 3 years old, now they would be 15 or 16 years old.  Bila terpandang mereka gedik-gedik berjalan di area Masjid Biru (Blue Mosque) terlintas dalam kepala mereka seakan Tellytubbies   iaitu satu rancangan televisyen untuk kanak-kanak yang agak popular disiar di televisyen tempatan pada masa itu...they look so colourful and oh so so cute in their outfits.  So mintak tolong MOTH (man of the house) pergi minta izin dengan ayah kembar ni untuk snap gambar mereka untuk kenang kenangan.  Bapa tellytubbies ni izinkan tapi sayangnya MOTH tak enterframe muka bapa tellytubbies ni dalam gambar ini.


Tellytubby on the right  screwing her face ready to cry (memang nangis pun lepas gambar diambil)...takut agaknya orang tidak dikenali  ambil gambar dia hehe..but still so cute!

Melancong sekejap ke Istanbul ini merupakan acara  selepas mengerjakan umrah pada awal bulan Ramadhan tahun 2000 dan kena pulak pada musim sejuk bulan Disember brrrrrrr... Kebiasaannya dulu kalau kita pergi mengerjakan umrah travel agency akan tawar sekali melancong ke negara-negara berdekatan dengan Arab Saudi and everything all in murah dalam sekitar RM4000 lebih sikit untuk seorang  dibandingkan dengan harga pakej-pakej sekarang yang hampir mencecah RM10k seorang.  Disebabkan pada masa tu bulan puasa dan cuaca amat sejuk so tak banyak tempat yang boleh dilawati, sepatutnya dalam pakej ada river cruise di Sungai Bosphorus yang tersohor yang juga merupakan sempadan antara timur dan barat Istanbul tetapi terpaksa dibatalkan.Orang turki memang bangga yang separuh daripada tanah air mereka berada di benua Eropah, their lifestyle pun terikut-ikut cara mereka di dunia barat.

At that time I was kind of fascinated with Turkish people, they are good looking with their blue green grey eyes and  most of the men looked a lot like Sean Connery aka the most famous James Bond and the ladies...tak payah cakaplah lawa-lawa belaka.  Even yang berjalan tempang I saw at their airport pun when I first arrived pun nampak segak kehkehkeh... tetapi indah rupa daripada perangai tahun lepas semasa mengerjakan haji orang turki ni lah yang paling tidak disukai, they were a rough lot! But that is my opinion lah....


Ok nak tayang gambar yang diambil dekat satu park..tak ingatlah mungkin this area somewhere dekat Topkapi Museum.  Ada tujuan ambil gambar ini sebenarnya...semasa atas bas ke bandar Istanbul daripada lapangan terbang we were briefed by a tourist guide and I can still remember he said, 99% of the population is muslims tetapi gaya hidup jauhlah dari gayahidup orang Islam.  Di khalayak ramai boleh kissing kissing, berpeluk sakan dan tengok tu makan di bulan puasa! Entahlah mungkin mereka ni yang 1% bukan muslim.

Jalan-jalan cari sourvenir buat kenangan bersama rombongan pakej... pada masa itu ramai wanita-wanita muda pakai kasut amatlah tinggi tumitnya, mungkin trend dia oranglah masa itu. So masa pergi ke Grand Bazaar tergatal tangan beli satu pasang kasut tumit setinggi 5 inci, balik rumah malu pulak nak pakai kasut itu hingga dibuang oleh MOTH!




Kenangan di Masjid Sultan Ahmed lebih dikenali sebagai Masjid Biru (Blue Mosque).  No pictures taken inside the masjid (ruginya)..Ramai pengunjung tempatan pada hari yang kami lawati masjid itu.


The Bosphorus  behind us separating East and West Istanbul...

Bergambar dengan replika muka Kamal Ataturk..westernised punya Presiden!


Pedang-pedang bertatahkan intan berlian dan busur anak panah  yang diguna oleh pahlawan-pahlawan Islam dahulu kala antara yang dipamerkan dalam Museum Topkapi.  Saiz pedang-pedang ini panjang  dan nampak berat, terlintas di kepala mungkin saiz badan pahlawan-pahlawan Islam dulu amat besar dan tinggi.  

The only momento that I have of this visit to Istanbul 13 years ago till now is a leather skinned handbag with Turkish/Egyptian calligraphy pattern and is still in good condition.  The leather is of a fire-resistance kind and I remember how the salesman demonstrated by lighting up a lighter to burn the surface of the bag without damaging the bag.

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...