Sama-sama kita mahasabah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara ini di bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini...
** Gelisah walaupun tiada masalah.
** Selalu berbangga dengan diri sendiri
** Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang.
** Sombong dan bongkak.
** Selalu mengintai keaiban orang dan menyebarkannya.
** Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
** Gembira melihat orang lain susah atau rendah daripada dirinya.
** Lidah yang tajam atau laser.
** Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
** Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
** Menyampaikan ilmu dengan riak.
** Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
** Berpakaian elok untuk dipuji.
** Derhaka kepada kedua ibubapa.
** Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).
** Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
** Solat yang tidak boleh khusyuk.
** Kagum terhadap diri.
** Selalu mencari salah orang.
** Cinta kepada duniawi.
** Materialistik.
** Mudah bersangka buruk terhadap orang.
** Membesar-besarkan perkara yang kecil.
** Suka mendengar gosip.
** Suka menabur fitnah.
** Menggunakan agama demi kepentingan peribadi.
** Dengki kerana kepentingan duniawi.
*** Kongsi daripada emel... Terima kasih AFM.