Wednesday, 11 July 2012

Ada Cara Senang Bikin Tiramisu

Ingatkan susah sangat nak buat Tiramisu, rupa-rupanya ada cara senang hendak membuatnya.  Dengan murah hati dan senang hatinya seorang adik (pangkat anak dah) 'practical student'  yang sedang menjalani latihan amali mendemonstrasi cara-caranya kepada mokcik-mokcik dan para kakak-kakak di pejabat kemarin....

Bahan-bahan pun tak banyak...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk 1/2 kg Tiramisu (dalam bekas plastik 4 persegi)

- 1 paket Biskut Marie perasa kopi
- 1/2 kg Philadelphia cream cheese
- 1/2 kotak Whip Cream
- 1 cawan gula halus
- 1/2 tin susu evaporate

Simple steps to making Tiramisu...

Pukul Philadelphia Cream Cheese dan gula hingga sebati...


Pukul Whip Krim sehingga ringan dan 'frothy' kemudian campur ke dalam adunan cream cheese tadi..

Kalau boleh panaskan sikit susu evaporate supaya biskut mudah meresap susu.  Patah-patahkan biskut Marie dan celup ke dalam susu dan bolehlah mula buat lapisan biskut dan adunan cream cheese/whip krim

Ulang melapis hingga penuh bekas seperti di bawah...antara lapisan boleh ditabur kacang, coklat dan di atas sekali ditabur serbuk koko, nescafe ataupun Milo...anything you fancy.  Sejukkan dahulu dalam peti ais sebelum dihidang..




Proses melapis...

The end product....YUMMY cool Tiramisu!









No comments:

akhirnya..terlaksana jugak hajat Dinner @ Rebung!

Sudah beberapa kali rancang semasa ke KL hendak ke Restoran Rebung tak kira lah makan tengahari atau makan malam.  Tuan punya restoran pu...