Wednesday 20 February 2013

Once in Lifetime Ritual - Makkah

Memang sudah lama tertangguh nak post continuation my haj story sehinggalah terima one phone call from one dear blogger pagi ini tanya kenapa tak update lagi....she will be doing the ritual this year and would like to know some tips what should one do and not do there.   I remember one of my late aunts who went for haj in the early 1970s (the last to go to Saudi Arabia naik kapal laut untuk tunai haji), somebody asked her how did she perform the haj rituals, she answered simply....mok cik turut apo orang lain buatlah.  Iyelah dulu-dulu mana ada badan-badan seperti Tabung Haji nak tolong bakal-bakal  haji berkursus tentang bagaimana hendak menunaikan haji dengan sempurna.  Dulu-dulu pun ramai mak ayah kita yang 'unlettered'....tidak boleh membaca dan menulis (tidak termasuk mok saya...even though she can't write but she can read the jawi scripture and the Utusan Melayu jawi was her main staple diet everyday).

Times change... sekarang Tabung Haji sudah melengkapi segalanya untuk para bakal-bakal haji....dengan kursus-kursus haji tiap-tiap hujung minggu di masjid-masjid terpilih, kursus intensif haji selama dua hari (semasa kursus ini diadakan satu ujian objektif menguji pengetahuan bakal haji mengenai cara-cara mengerjakan haji, kalau tidak lulus ujian ini akan diberi satu lagi kursus yang lebih intensif  supaya bakal haji itu betul-betul memahami perkara-perkara mengenai haji)  dan Perdana Haji  sebagai persiapan untuk memudahkan bakal-bakal haji menunaikan rukun Islam yang kelima ini.  I would say Tabung Haji really take good care of us while we were there, saya ni ikut muasassah so 100% bergantung kepada khidmat Tabung Haji, tak tau cerita pasal mereka yang ikut package...layanan lain, duduk di hotel-hotel dekat dengan Masjidilharam, makan secara bufet tapi di Arafah dan Mina kena berebut jugak bila hendak guna tandas...agaknyalah.


Ok back to the times when I was in Makkah....  di bawah jalan 'flyover' inilah hari-hari berjalan untuk ke Masjidilharam, jalan menurun ke masjid dan bila jalan balik tonggek punggunglah daki bukit ke hotel.

Al-Janadriyah sememangnya a very happening place.  Kebanyakan berita berkaitan jemaah haji dirakam di sini untuk siaran tv di tanah air.  Ini saya tahu semasa duk sms dengan famili di tanah air, mereka tanya kenapalah tak 'enterframe' muka tu semasa orang-orang tv duk sibuk interview jemaah haji lain, boleh juga anok branok di rumah tengok ...tak ada maknanya nak 'enterframe' lagipun bila balik masjid berpeluh dan lekit dek jalan berdebu di sana.  Ada jugak semasa mula-mula sampai di Madinah ditemuduga oleh tv mana tak tahulah...harap-harap tv tak siarlah clip tu, gugup semacamlah masa bercakap sebab manalah pernah disua microphone dan dipancar lampu ke kita sebelum ni..hehe.

A favourite picture of the Kaabah taken from Masjidilharam's rooftop in the morning after dhuha's prayers

 Kaunter kewangan untuk urusan pengeluaran wang, bilik-bilik  rawatan untuk  keempat-empat Maktab di tingkat-tingkat berlainan dan satu farmasi di ground floor disediakan di Al-Janadriyah.  There's a cafe too here but with ridiculously high priced food...a piece of Kuih Bakar can set you back by 3 Saudi Riyal and the cafe is always packed in the mornings...sesiapa yang tidak ke masjidilharam untuk sembahyang subuh dapatlah beli makanan pagi2 lagi di sini untuk breakfast...lupa nak ambil gambar cafe ni.  

Suasana pagi di luar hotel...peniaga berasal dari Patani, Indonesia membuka jualan masing-masing di depan pintu masuk hotel.  Ada dijual telekung, jubah, barang kemas tiruan serta makanan untuk breakfast.  Restoran Al-Barakah di sebelah hotel, kari ayam, kambing mereka memang sedap. 

 As I am not one for walking long distances, my left leg always wears me down...we chose to go the masjid by riding a van and sometimes cabs.  These vans driven by the locals are stationed right infront of the hotel.  The drivers will shout 'HARAM, HARAM, HARAM'  at the top of the voices to get the attention those going to the masjid and for only 2 saudi riyals, they will drop us outside masjidilharam.  Mula-mula pelik juga kenapa drivers ni shouting 'haram, haram, haram!'... iyelah kalau haram mana boleh nak naik van tu kan...rupa-rupanya singkatan nama untuk masjidilharam.  When more pilgrims begin to converge in Makkah, the police blocked the road leading to masjid haram to these vans/cabs and we have to walk to the masjid... 

Gambaran suasana pagi di luar hotel Al-Janadriyah...anak Arab jual sejadah, jubah dan para haji dari Malaysia membeli belah. The best time to do any shopping is in the morning and after solat Isya at night, selepas zohor cuaca semakin panas .....   to be continued :)



8 comments:

Teh Ani said...

Beza benar Makkah, walaupun dibanding 2002, masa buat umrah. Souk ala aked kita pun dah tak ada. Jadi gudang shopping complexbesar ajelah dan peddlers saja yg ada. Gitu ko?

naniasda said...

Betul Teh, amat ketara perbezaan pembangunan Kota Makkah dari tahun 2000 masa sayo gi buat umrah. Masa tu ada sekali tersesat masuk ke Souk tu, org2 Arab dan sejenis mereka ramai disitu. Area sayo duduk tak ada gudang besar only small shops, di area Zam-Zam Towers ada supermarket Bin Dawood just like the one in Madinah. I went only once there and had breakfast di D'Saji kat Safwa Towers...to'bat xgi lph tu sbb nasi lemak mahal supo bedil hahaha..

pB said...

tak sabar rasanya

naniasda said...

pB
akan sampai masanya tu, xlamo lg. Blh imagine perasaan pB tak sabar, In Shaa Allah sampai di sana buat yg terbaik :)

my notes said...

assalamualaikum ... mak saya pun selalu cerita keadaan kat mekah bila dia nampak program tv berkaitan

naniasda said...

my notes,
walaikumussalam..terima kasih kerana sudi baca catatan ini dan mmg betul sesiapa yang sudah ke Makkah ada banyak cerita/kenangan akan keadaan di sana.

Siti said...

paling bestnya kenangan itu tak pernah pudar......terkenang dan terus merindu......itulah keberkatan yang pada kota suci ini.....

naniasda said...

Siti,
Terima kasih kerana sudi membaca. Itulah kenangan di sana tidak akan padam In sha Allah. Sekarang lagi senang kerana kita dapat menurunkan dengan perkataan pengalaman kita di sana :)

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...