Wednesday, 20 March 2013

Kisah berebut borang PPR


Ini cerito kakak, Teh pasal perasmian majlis pecoh tanoh untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) di belakang Caltex, Kota Bharu baru-baru ini...ambo xgi lah ke tepat-tepat gitu gak, main dok berebut nok borae nok beli ghumoh blako..mace2 kisoh tapi so habok takdok tubek di sak khobar pasa ni... hok nok baco tu bacolah hok xpehe tu biar gi lah...

Main rebut hok mu aku semata-mata nok ghumoh weh...sapo xse main nga ghumoh rego RM35 ribu jah seunit, nilai sebenar RM160,000 seunit rego lebih tu kerajae bagi subsidi RM125 ribu.... xkiro lah demo undi parti pas ko ore cino ko ore india ko boleh beli blako...

Kisah nilah hok berlaku di padang tapak program perumahan rakyat Kelantan sewaktu PM gi pecoh tanoh pada petae hari Jumaat 15 Mac 2013. Ha kiranya dilantik pergi ambil borang untuk Sunah dan auntie Lah serta untuk dirinya sendiri. Maklumlah loni dok numpae ghumoh Abe Ngah. Ha boceng motosikal Aka, dan tunggu di belakang pentas. PM hok patut sapa kul 4.30 ptg terlajak sapa kul 6 ptg.

Ore ghamai doh dok tunggu sebelum Asar lagi. Katanyo ghamai lah weh, hok tempang, hok ngesot, hok kena pimpin pakat maghi berjujuk jujuk ke padang di belakang stesen Caltex Jalan Atas Banggol, Kota Bharu. Ha, biasalah cerdik sikit, gi lewat, dari arah belakang dan duduk standby di belakang pentas. PM pun berucaplah, Ha kata PM kurus, pucat muka di TV napok gemuk. (Lepas tu baru tahu masa kat Tanah Merah, angin ribut kuat landa tempat bekwoh rakyat setelah PM dok berucap hal dosa2 Pas. Sibuk ore dok cagho jadi tengok kut blog2 hal ni.)

Lepas acara pecah tanah, kata Ha semua ore besar dok pakat naik atas keto jentolak, menteri cina perumahan, datuk Pa, sapo lagi, Fahmi rasonyo pun naik sapa sengit jentolak mujur tak terbalik. Dah kul 6.45 ptg masa tu. Ore Kelantan mano ado petang hari dok atas jalae, nok maghrib doh tu. Resahlah weh.

Masa tu Ha napok ore baju merah dok bagi borang, dia terja, dan rampas dari tangan ore tuh. Marah ore tuh,’ hei ambil nga molek.’ Ha susuk borang dalam beg dan hulur tangan lagi, masa tu ore dah sedar borang dah diedar. Ha dapat satu lagi. Ha tinggi jadi mudah capai, hok ore pendek nyanyo laa weh. Aka pun dapat satu borang ( Ha cerita Aka susuk kopiah dalam poket hihihihi ). Dia gi teghok lagi, nak ambil borang kedua, sayangnya borangnya direbut, maka jadilah aktiviti rebut merebut nga ore lain sampai borang keronyot dan koyak rabak. Gitulah scenario, kebanyakan dapat borang tapi kerenyot. Ore tua2 balik tanpa borang, yang dapat pun nak beri borang sendiri pun tak boleh sebab ada satu atau dua borang saja yang dapat, keronyot pulok tu.

Balik ke rumah, dengarlah kisah daripada jiran-jiran yang berebut borang di sebelah padang, jauh dari pentas. Sedih kata jiran, kalau di depan pentas, ore baju merah edar dengan tertib sebab depan PM, di situ lain ceritanya. Ditaburnya borang macam tabur nasi kepada ayam. Maka berebutlah rakyat Kelantan, ada yang kena pijak, ada yang tercabut kasut, ada yang terjatuh dompet, ic bertaburan ( agak mereka keluarkan ic takut ore minta nak tengok) . Dasyat. Jiran mengeluh, ‘hinanya orang Kelantan, macam lapar rumah sangat.’ Jatuh maruah ore Kelantan masa itu’. Ada jugak ore sibuk ambil gambar sambil tertawa. Seronok tengok ore Kelantan berebut-rebut. Jiran-jiran Teh bawa balik borang lusuh. Ada yang dah terseyek.

Hari ni Selasa (kemarin), Teh gi pejabat Umno di panggung Odeon,nak ambil borang untuk Dini, senang saja demo beri. Minta juga borang untuk jiran-jiran yang dapat borang lusuh tuh. Pahtu Ha pergi ke situ nak ambil tapi demo suruh dia gi ambil di pejabat umno di tingkat satu, bangunan Kedai Buku Mohd Yusoff dulu, sebelah Odean. Naik atas budak2 perempuan masih mentah ngada2 dengan sombong bertanya, macam-macam soalan... 'mana tahu, dok di mana', haii action budak mentah nih, pahtu baru beri satu borang dengan meto. Hai budak tahukah perangai mung gini boleh buat umno hilang undi? Kalau Teh gi sendiri ambil borang atas loteng tu, Teh akan belasah habis, habis kecek melayu, tambah kecek ore putih… Budak zaman sekarang tak tau adat.

Napok gayo bilo nak hantar borang Sunah dan Ha kena ke JPP. Di JPP tohmah ninah sikit ore pejabat tu. Takleh main nga ore Umno, hok tua ok, hok budak2 mentah ni napok gilo kuaso, seolah-olah hina sangat ore miskin nak mintak rumah.

Dalam surat khabarpun sibuk hal tanah projek perumahan tu dicerobohi tanpa izin kerajaan negeri dan Tok Guru tak halal. Aduh macam mano? Takleh ko kompromi, tanah di dunia ni diletak atas nama manusia tapi bumi Allah jugok. Kesian ore hok tak pernah ado rumah macam kato Ah Kee hok baiki kereta tu, ‘ Aku sokmo hidup dok ghumoh sewo, mano cukup duit nak beli ghumoh. Ni kalu boleh nak merasa ada ghumoh. Jadi guana weh? Kita yang senang hidup dalam rumah yang selesa, patut bersyukur nikmat yang Allah swt beri kepada kita.

Monday, 11 March 2013

Cerita Makkah lagi....

Hendak sambung cerita haji pun macam tidak senang hati bila mengenang para-para pejuang kita di Sabah sana rela menggadai nyawa untuk keselamatan negara berdaulat kita ini.  It is no joke when a life is snuffed out defending other lives....orang-orang yang ingat semua ini sandiwara kerajaan patut direbus dalam air panas bergelegok! 
 

Duduk-duduk tengok Kaabah pun dapat pahala...In shaa Allah
Setiap hari Ahad seperti biasa diadakan tazkirah yang disampaikan oleh anggota-anggota pejabat ini secara giliran.  So sebelum tazkirah disampaikan pada hari Ahad lepas  kesempatan diberi kepada seorang anggota yang baru pulang dari mengerjakan Umrah untuk bercerita sedikit pengalaman beliau di sana.  Sepertimana kata beliau memang sudah almaklum lah ramai antara kita yang sudah ke Makkah untuk mengerjakan  umrah mahupun haji dan masing-masing dengan pengalaman tersendiri semasa di sana.  Jadi dia kena fikir 'angle' mana hendak diambil untuk bercerita mengenai keadaan di sana.  Dia memilih untuk bercerita mengenai para jemaah yang datang dari pelbagai negara dengan pelbagai cara menunaikan ibadah yang agak aneh pada pandangan kita.  Mungkin mereka ini pun melihat kita sebagai aneh jugak ya...Wallahualam... 

 Colourful lagi pakaian jemaah dari benua Afrika ni and I can't help noticing they like to laze around like in the picture above...dia orang tak tahu yang ada orang ambil gambar mereka sedang bersantai sepesen saja.

 Picture above was captured at Masjid Nabawi, Madinah...kita sembahyang tutup litup nampak muka saja, tapi kebanyakan jemaah wanita dari Afrika, Eropah, India boleh pulak sembahyang nampak kaki, mungkin mazhab mereka membolehkan berbuat demikian.  Berabaya abaya jugak tapi tengok tu...pakai high heels lagi dan pastinya handbag berjenama... a familiar picture here for these Arabs loaded with money.  Bercakap pasal jemaah wanita ni, saya paling tak tahan dengan jemaah wanita dari Turki, mereka ini sentiasa berjalan berkumpulan so sesiapa didepan mereka akan terus ditolak dengan kasar.  I was subjected to their rough ways of shoving and pushing several times.  Naik geram jugak pada satu masa semasa hendak keluar daripada masjid ditolak dengan kasar oleh salah seorang mereka ni.  Sebaik saja dia melintas tangan saya cepat hendak tolak dia balik tetapi dihalang oleh suami.  Kalau tidak dihalang oleh suami sudah terpelanting dia jatuh di tangga betul-betul di depan....tapi sabar kena sabar ya masa di sana

 Lagi gambar jemaah bersantai/tidur atas lantai marmar yang sejuk dalam Masjidilharam.  Ini di bahagian masjid berhawa dingin.

 Abdul Aziz sipenjual minyak wangi yang peramah di lobi hotel Al-Janadriyah....boleh kecek kelate dengan fasih walaupun tidak pernah menjejak kaki ke bumi Kelantan, pelik kan?  Bapa berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkahwin dengan wanita tempatan (arab) di Makkah.  Apabila ditanya kenapa tak pernah ke Kelantan, jawabnya tok nenek dia semua dah berhijrah ke Makkah.  Kalau ke Malaysia pun setakat ke Kuala Lumpur saja.  Untungnya dapat bermastautin di Tanah Haram..

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...