...continuing the story of my ritual journey and the pinnacle part of the haj ritual to Arafah and later to Mina.
Walaupun apa yang berlaku dan dilalui semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina masih segar lagi dalam ingatan but I
find it difficult to put down it in words. Catatan pun dah bercampur
aduk dwi bahasa..ada bahasa melayu ada bahasa inggeris but I guess the
real feeling of what one has gone through the haj ritual is embedded in
each and every one's heart and suffice to say what I have gone through only Allah SWT knows...
Berkumpul di lobi lif Tingkat 7, Hotel Al-Janadriyah sebelum bertolak ke Arafah pada 8 Zulhijjah 1433/24 Oktober 2012. Bertolak sebelum waktu zohor dan perjalanan ke Arafah memakan masa lebih daripada satu jam yang sepatutnya. Bas, van berhimpit-himpit berebut jalan untuk cepat sampai mengejar masa kerana ramai lagi jemaah yang perlu diangkut ke Arafah. Macam-macam tingkah laku pemandu bas ini sampai ada yang tunjuk batang besi ke arah pemandu bas lain sambil sumpah seranah (agaknyalah) kepada pemandu bas lain.
Beginilah keadaan dalam khemah di Arafah untuk Muasassah, beratapkan kain dan berlantaikan tikar plastik tapi Alhamdulillah bersama rakan sebilik boleh senyum dan terima keadaan seadanya. Gambar diambil sementara menunggu waktu untuk wukuf pada 9 Zulhijjah/25 Oktober 2012.
Bila ingat kembali mujurlah tidak hujan di kala itu, kalau hujan tak tau macam mana keadaan dalam khemah tu.. I could not close my eyes that night, ialah tak biasa berkumpul ramai-ramai berhimpit-himpit dan panas pulak (kipas memang tak ada ya untuk muasassah) dalam satu khemah. While trying to close my tired eyes that night my room mate Cikgu Ni lie down beside me with a prayer book in her hands but then she started to regale me with funny anecdotes of her childhood. She finally fell asleep but I was still wide awake when the last occupants of the tent, a mother and daughter team arrived. They settled down beside me, tu yang lagi tak boleh nak tidur dengan pergerakan mereka, bila ditanya kenapa lambat sampai...mereka naik ambulans ke Arafah kerana maknya ada masalah sakit jantung... begitulah pulak tapi walau sakit macam mana pun wajib berada di Arafah untuk wukuf. Suka tengok si anak melayan ibunya tanpa mengeluh sikit pun, semoga dia mendapat ganjaran pahala yang lebih dari Yang Maha Esa. It was around 1 a.m and since I could not sleep I made my way out of the tent to refresh myself at the toilet which was a few steps away (tak nak berebut sebelum jemaah lain bangun sebelum subuh). The hot water refreshed me a bit... air sentiasa panas di tanah arab ni, entahlah mungkin cuaca panas masa tu kerana semasa mengerjakan umrah dulu di bulan disember air sejuk semasa mengambil wuduk di masjid Bir Ali.
Keesokannya semua dah prepare untuk wukuf, pagi itu Menteri di JPM berkaitan Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Seri Jamil Khir Baharom ada jenguk dalam khemah bertanya khabar para jemaah...semua bagus Datuk! Menjelang zohor kain khemah mengadap arah kiblat diangkat untuk sama-sama sembahyang jemaah jamak taman bersama imam. Imam berdoa panjang selepas solat, mengalir airmata bila mengingati dosa-dosa yang lalu, tak cukup tissue menampung airmata huhu..satu peringatan untuk bakal haji (kalau ada yang baca coretan ini) bawalah stok tissue banyak-banyak like one of my room mate, untung dia sebab ada rakan dia yang sudah tunai haji advise dia bawa stok tissue. Memang susah nak beli tissue di sana, kita ni jenis banyak guna tissue. Tak cekak jajak kedai di sana cari tissue, akhirnya terpaksa pergi kat Safwa Towers (kawasan hotel-hotel elit tu) baru jumpa satu kedai dalam mall tu jual tissue.. that's the only shop I found selling packet of tissues masa tu. Masa di Madinah jenuh cari kedai jual pisau tapi elek semua...cuba cari di Makkah, alhamdulillah ada jual pisau di kedai yang jual semua barang berharga 2 riyal. Popular gak pisau tu dengan room mates untuk potong buah-buahan etc..
Cerita sikit pasal hubby semasa di Arafah, sebelah selipar dia jatuh ke dalam lubang yang agak dalam di tempat wuduk, so kena hati-hati masa ambil wuduk sebab bawah paip tu ada lubang dalam. Dah ada sebelah selipar macam mana nak pakai, mujurlah seorang room mate dia bawak selipar spare so pinjam selipar dengan kawan tu. Sampai di Mina baru beli selipar baru. Mungkin ujian jugak untuk hubby apabila ibu jari kaki kanan dia membengkaklah pulok (gout), he was drinking a lot of the sweet mango juice while in Makkah and the acidity of the juice might have caused the swelling. Masa tu terfikirlah jugak macam mana dia nak berjalan jauh untuk melontar di Mina nanti.
Menjelang petang semua jemaah KT 01 bersiap-siap untuk ke Muzdalifah, sebaik saja matahari gelincir, para jemaah lain sedang bersiap-siap untuk sembahyang maghrib dan isya' kita semua tunggu kedatangan bas.
next episode di Muzdalifah dan Mina....