Wednesday, 12 June 2013

JJCM - Mee Tarik Warisan Asli

Setiap kali ke Kuala Lumpur anak sulung sentiasa berusaha membawa mama, abah dan adik-adik dia jalan-jalan cari makan ke restoran yang menyedia makanan yang tidak terdapat di KB.  We were in KL for a week last May and she brought us to this restaurant...Mee Tarik Warisan Asli somewhere in Sungei Besi.  Khabarnya sudah masuk rancangan JJCM TV3...but I never have the opportunity to watch this show because we in Kelantan work on Sunday, kenapalah tak boleh siar rancangan ini waktu malam  TV3 oiiii!.. kami di pantai timur nak tonton jugak...malas nak tonton kut tonton.com tu weh! Dengar khabar  sudah agak famous mee tarik ni with the KL folks.  Kalau google ada banyak blog  bercerita perihal restoran ini. 



Pelanggan berpeluang tengok melalui cermin besar ini bagaimana mee yang diadun daripada tepung  ditarik-tarik dengan begitu cepat sekali menjadi juraian mee dan terus dicelup dalam air bergelagak disebelah tu.

 Pelanggan tidak lepaskan peluang tengok bagaimana mee ini ditarik...expert betul cara si penarik mee tu

Berbagai hidangan yang disediakan seperti dalam menu di atas

Antara hidangan yang di makan malam itu...

Mee dengan cendawan..semua kata sedap

I ate this 'Cold Mee'...memang sejuk macam namanya dan sedap jugak

Anak kata hidangan di atas ni paling popular..Toothpick Lamb, daging biri-biri or daging kambing? dicucuk-cucuk dengan toothpick

Anak sulung dan saya order minuman Ba Bao Teh ni..tidak pernah minum teh cina macam ni, ada semacam akar-akar kayu dan daun, buah bidara dicampur sekali tapi sangat 'refreshing' sekali.

Semua pekerja di restoran ini Cina Muslim..ada kategori A untuk kebersihan so tidak was-was lagi...

Anak bawa ke lokasi ini di Shah Alam..masuk JJCM TV3 juga tapi rupa-rupanya indah khabar dari rupa...tempatnya sesak, tengok sekitar food court ni kotor...padan pun diberi kategori B!

Tak dok sedak mano pun ABC ssohor ni pun...












4 comments:

Al-Manar said...

Elok cerita saja bagaimana ayam golek Kelantan digolek.

naniasda said...

A good suggestion Pakcik Al-Manar, tapi dah banyak blog-blog masakan yang feature resepi ayam golek ni Pakcik. Nantilah one day I blog about 'kambing golek' untuk akikah cucu. Terima kasih kerana sudi singgah di sini :)

pB said...

pB gie doh makae kedai mee tarik ni. kambing tu sedap.,

tapi payoh sikit sebab anok anok pB jenih tok makae makanae pedah ..

mee situ pedah blako

naniasda said...

pedah ko? xingat weh napok pesen keno gi smula ssitu hahaha

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...