Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan
kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan
penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara
tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun
oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara
yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. Tidak
sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan
sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan
makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka
bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan
diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan
dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang
sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu
malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan
sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan
solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang
dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan
anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka
memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan
hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada
air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban
sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka
meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak
tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan
aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika
membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah
di tempat buang air besar atau air kecil.
*Text berwarna biru merupakan perkara-perkara yang kerap kita terbuat.
Satu perkongsian yang diterima melalui emel ...Jazakallah Khairan Kathira Norliza Abdul Razak...