Monday, 19 December 2011

Gara-Gara Kebajikan Najib



Nak tergelak serta geleng kepala  apabila mendengar macam-macam kisah yang terjadi gara-gara pemberian RM500.00 kepada rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3000 untuk seisi rumah yang sangat-sangat mendapat sambutan hangat semenjak sebulan dua ini... agak-agaknya bilangan borang yang telah diedar mengatasi kutipan untuk Ombak Rindu.  Ini kisah betul-betul terjadi (adik yang cerita, cerita disampaikan oleh jiran sebelah rumahnya), di pejabat LHDN KB semasa pembahagian borang.  Adalah  seorang lelaki tu sanggup menjatuhkan talak ke atas isterinya then and there kes berebut nak kan duit RM500.  Ceritanya dua-dua nak mohon tapi pegawai cakap, mana boleh dua-dua mohon, seorang aje yang boleh buat permohonan.  Terjadilah perang mulut antara mereka kedua suami isteri tu....pada firasat saya lah ni mungkin laki yang memang liat nak bertanggungjawab...dapat duit buat senyap!  Kisah kedua pula antara seorang penghulu kampung yang pro kerajaan dan imam masjid pro parti satu lagi...hehehe.  Tak nak dibaginya borang tu kepada imam ...Wallahualam...







6 comments:

Anonymous said...

Bukan imam tapi salah seorang penduduk kampong tu lah...heh heh...duit punya pasal....

naniasda said...

Dah nama lagi nama maknu'sia...kito pun nok weh!

pB said...

Dekat dekat nok ngundi ni , macae macae lah cerito hok buleh kito dengar .....

Orghe bui pitih , kito ambik.
Reseki jangae ditolok ...

Tok gitu , kak Nani

naniasda said...

Betul tu pB...baru ni nyo ppakat bbagi beras nga milo kat bhgn kak nani ngundi. Tapi gak tok wakil tok rajin blh kelih pun muko dio...hehe

Al-Manar said...

Ini membantu mereka yang kahwin di Tahailand dan tidak daftar diMalaysia - sah dari segi hukum tapi tak diiktiraf dari segi undang undang . kalau sampai empat pun boleh beganda ganda

naniasda said...

Maksud Pakcik..duit 500 tu blh buat byr dendo ko? hehe..

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...