Tuesday, 17 December 2013

makan angin free!

It is not for nothing when this newspaper cutting was forwarded to all staff  recently from a concerned individual in the office. Teruja bila membaca keratan akhbar ini, rupa rupanya ada jugak di kalangan pemimpin atau pemerintah di Kelantan yang  sedar 'gelagat orang orang besar' yang sering keluar negara kononnya melawat untuk mempelajari sesuatu di luar negara yang boleh dibawa balik untuk diimplementasikan di tempat sendiri. 

Diucapkan syabas kerana  beliau sudi menegur keadaan tersebut yang sememangnya telah berlarutan sejak 30 tahun dahulu. Saya berdoa semoga orang orang besar di kalangan pemerintah dapat celik mata sikit apa yang sebenarnya berlaku selama ini. Cuba hitung sejak 30 tahun dulu siapakah di kalangan pemimpin dan pembesar yang ada kuasa telah membuat lawatan keluar negara dan berapa kali.....hasilnya adalaaaaa.....dapat makan angin free! ....menghabiskan duit rakyat yang membayar cukai, tetapi hasil tidak dapat dirasa bab kata mereka 'biar orang lain bayar....kita tumpang aja kalau ada kemudahan' ...heard this statement from the horses mouth too!

Walau pun begitu saya masih ragu ragu di atas hasrat Datuk  kerana tak mungkin dapat mengubah sesuatu kerana di kalangan pemimpin yang ada sekarang sememangnya sudah 'expired' idea dan citarasa, boleh dianggap mereka berpendapat begini ... 'hidup sekarang ni ok dah...molek belako dah...pembangunan banyak dah...kereta di atas jalan  cukup banyak dah....sampai nak parkir pun susah dah....parking berbayar pun sudah dikenakan minimum caj 40 sen sekarang'.  Jalan raya dulu rasa besar dan luas, sekarang ni rasa sempit ....banyak kereta banyak parking lot...orang jual air kelapa pun boleh meniaga atas jalan...memang satu kemajuan...apa tidak nya, nak beli air tak payah turun kereta...di KB ni 'drive in' memang banyak di tepi jalan...pintu kedai pun boleh duduk atas 'road alignment'.

Satu 'kemajuan' di KB yang amat  dikagumi...kita boleh buang sampah di mana-mana walau pun tong sampah dan 'sistemnya yang amat canggih' telah disediakan, tak kena denda pun..jangan bimbang..ada orang cukup senang kalau nak buang sampah, letak saja karung sampah atau bag plastik yang padat dengan sampah di atas bonet belakang kereta dan dipandu atas jalan raya..sampai di mana mana selekoh jalan  akan tergolek jatuh di atas jalan  sebelum sampai ke tempat pembuangan sampah! 

KB ni kononnya sudah memadai dengan slogan 'Kota Bharu...Bandaraya Islam' dan juga 'Kota Bharu bersih' (cuba gak enforce sistem kebersihan di Pasar Siti Khadijah tu..nak bawa pelancong melawat ke situ baik toksah! Orang jual ikan letak atas stall tu tapi di sini terbalik, ikan duk dalam tong di bawah, tauke  hok duk bersila atas stall, lantai habih becak, kotor dan licin, sudah berapa ramai orang gelincir dan jatuh dalam PSK ni, hok boleh malu jah sebab jatuh in public).   Slogan ini sudah cukup untuk mereka yang berkuasa  mendabik dada kononnya dialah punya idea sudah buat sesuatu.  

Sekarang nampaknya MPKB telah membina tempat buang sampah yang baru dengan batu bata dan konkrit..serta dicat yang agak menarik (hijau kuning)...tapi tempatnya masih lagi di tepi jalan raya...baunya yang masam masih lagi semerbak kalau kita lalu disebelahnya...longgokan sampah masih lagi kelihatan bersepah di tepi tong....masih tak selesai, ramai lagi orang yang buang sampah di sini masih di takuk mentaliti tak reti nak masukkan sampah ke dalam tong yang disediakan.  Just for info, earlier this year a man selling 'nasi belauk' whose house is just across the street (along Jalan Wakaf Mek Zainab) from the 'tong sampah' was 'gedebum' knocked down dead by a car  when he was disposing his rubbish at the rubbish dump,  so do not think that it is safe disposing your rubbish  because most dumps here are placed so strategically by busy roadsides! 

Baguslah kalau ada sesuatu usaha yang baik itu sememangnya patut dipuji dan sebaliknya yang tidak baik itu patut dikeji.


6 comments:

Al-Manar said...

Please have a heart for the authority. Rm 1.2 billion oeruntuka di Terengganu!!! I say ha,ha,ha. Every morning I have to drive very carefully to avoid running over what the cows leave all oner the road when they are out looking for food. Where will the 1.2 billion go - to clean the road?

Sabarlah. Kalau marah lekas tua

naniasda said...

entahlah Pakcik Al-Manar, RM1.2 billion is a lot of money or still not enough to clean up cow dungs on the roads?

Lee said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lee said...

Hello Naniasda, I had to chari, gostan balek see where you had dropped by. Ok...found you, ha ha.
Lee.

pB said...

update larrrrrrr

naniasda said...

alahai semakin hari semakin malas nak update pB! masuk blog keluar blog tu kerja hari-hari loni hehehe...oghe sudoh pencen katakan...

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...