Monday, 2 May 2011
3 in 1
"Duk sebut acak-acak perkataan 3~in~1, 3~in~1 tu blako tahu ke apa maknanya???...Itu adalah dakyah orang kristian secara halus nak mempengaruhi minda kita orang islam. Sebenarnya 3~in~1 itu adalah trinity yang disebut-sebut dalam ugama kristian tuh." Lantang aje suara ustazah ni explain apa maksud di sebalik 3~in~1 ni di suatu ceramah baru-baru ini. Tetapi tidak pulak dia sebut apa kebenda trinity tuh...otak yang cetek ni pernah jugak dengar apa trinity tu...the father, the son and the holy ghost, macam yang diucap oleh archbishop semasa mengahwinkan putera williams dan catherine middleton baru-baru ni. Pertama kali dengar 3~in~1 ada makna lain pulak. Entahlah ..tidak pernah terfikir sampai begitu sekali 3~in~1 ni boleh memesong akidah kita sebagai seorang islam...yang tahu benda tu adalah teh atau kopi yang dicampur dengan dua bahan lain iaitu gula dan non-dairy creamer saja. Hendak bercakap secara terperinci lagi tidaklah saya berpengetahuan dalam bahagian ini. Bila dicerita kepada rakan-rakan di pejabat, mereka pun tidak pernah berfikir sampai ke situ apa makna 3~in~1 ni. Sampai ke bab-bab aurat lelaki pun disentuh ustazah ni....orang lelaki yang memakai seluar 3/4 tu walaupun labuh ke bawah lutut tapi menampakkan bulu kaki mengaibkan katanya.....betul ke? Macam mana pulak dengan puak tabligh yang selalunya memakai kain sarung singkat menampakkan betis? Ok sampai sini saja tak nak cerita lagi...Wallahualam...Allah Knows Best....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)
CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot... ...

-
Bermula April 2011 (come to think of it... its the same age as my blog) rumah pusaka antik berusia lebih 100 tahun ini telah dijadika...
-
You can call it a miracle or prayers answered. Well, we kind of describing what has happened as a mixture of both. We are a normal, ...
-
Tukar sikit tajuk daripada yang dulu...Lifetime Journey, this sounds more appropriate..Lifetime Ritual (got the idea from Al-Manar...tq P...
No comments:
Post a Comment