Saturday, 8 October 2011

Pencen Oh Pencen!

Lanjutan kepada pengumuman PM usia pencen untuk penjawat awam seluruh negara dilanjutkan ke usia 60 tahun...kakakanda yang sudah pencen  setahun dengan murah hati meluahkan isi hatinya berkenaan isu ini...





Bajet 2012 petang tadi,.. PM umumkan usia persaraan dilanjutkan ke 60 tahun... 'Oh dah jadi macam rakan-rakan sejawat di Thailand, pencen lewat 60 tahun. fikir saya... teringat lebih satu dekad yang lalu, masa tu saya menjadi urusetia seminar penerbitan peringkat antarabangsa pada tahun 1997. Saya pernah bertemu urusetia seminar dan pembentang kertas kerja pegawai kerajaan Thailand yang masih bertugas walaupun dah berusia 60... (kita di Malaysia kena pencen bila sampai 55 tahun masa tu) .... terasa cemburu juga sebab masa tu saya baru 43 tahun masih ligat lagi bekerja dan gila sangat bekerja ... rasanya banyak lagi yg boleh disumbangkan.

Sepuluh tahun kemudian, Allah swt yang Maha Esa meng' grounded' saya dgn penyakit yg tak dikehendaki kebanyakan manusia yg hidup ni......' Ini tanda, STOP no more duniawi. No way Jose!. Ya selepas terima rawatan dan menikmati cuti sakit bergaji penuh (yang kerajaan yang perihatin beri kepada pesakit kronik) selama dua tahun terus bersara wajib 56 tahun. ketika itu 2010, usia bersara dah dilanjutkan ke 58 tahun.MENYESAL sebab tak dapat terus bekerja ? Tidak sekali-kali. ... Nikmat hidup sebagai pesara amat lazat. walaupun pencen dah separuh gaji pokok tanpa elaun, cola .... Tengah-tengah menikmati pencen, muka dah berseri-seri, putih sebab dah tak kena matahari, montel sebab makan tidur, ....Rakan-rakan sepejabat yg masih bekerja, yg seusia atau tua sedikit mula meluahkan rasa penyesalan ( melalui emel) kerana memilih utk bersara 58 tahun ... bukan disebabkan tak larat nak bekerja, tandus idea untuk buat projek, tapi tohmah rakan sekerja yang lebih muda... pedihnya hati apabila dalam lif depan ramai orang , ada yang mengajukan soalan seperti, 'Eh kerja lagi, bila nak pencen?' atau dalam mesyuarat pula ada yang menyindir ' pandangan si anu tu ... dah tak releven, orang dah nak pencen ...' Rasa macam diri ni kena halau, rintih mereka.Kesian rakan-rakan saya ni. saya tahu mereka masih boleh menyumbang untuk tugas yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi. tapi hasad dengki rakan sekerja muda(mungkin mereka takut persaingan orang tua untuk kenaikan pangkat) mengungkapkan kata-kata sinis begini boleh merobek hati karyawan yang dah hampir nak pencen ni.Pasti kata-kata yang dicetus oleh jiwa yang penuh hasad dengki akan menumpulkan kreativiti dan semangat mereka yang masih sihat dan boleh menyumbang ...Have more respect laaa dude. Kerajaan ikhtiraf orang lama. ..Lihat Orang Thailand dah berusia 60 tahun masih cahligah bekerja, masa saya kat Bangkok untuk berbincang dan bertugas pun, saya nampak karyawan muda hormat pada karyawan yang tua. orang kita pula tak boleh tengok orang lebih tua senang. Ingat ! pengalaman mengatasi beratus kali berkursus wahai adik-adik!  Eh yang duduk kat rumah naik geram dengan sikap pekerja muda ni.Simpati saya kepada rakan-rakan saya ni. Saya tak merasai keadaan ini kerana seperti yang nyatakan di atas, saya terpencen awal. Allah melindungi saya daripada menghadapi situasi sebegini. Alhamdulillah.Atau ini kah rahsia seri wajah org pencen, bukan disebabkan terlepas tanggungjawab tugas dan stress tetapi terbuang perasaan terpaksa bersaing dengan rakan sejawat dan terlindung darpada kata-kata sindiran nista yang datangnya tidak dijangka tetapi pasti mencucuk jiwa hingga membuat kita duka nestapa tanpa kita mengetahui mengapa ... bersastera pula .... nikmat pencen ada masa utk berpuitis.... hahaha





As for me .....No Way Jose jugaklah nak sambung sampai 60 tahun...dah cemuh dan setiap pagi longlai aje nak ke ofis.  Tapi amanah mesti ditunai jugak dan siapa nak bagi makan yang masih ada di rumah tuh  :)

5 comments:

Teh Ani said...

suka latar blog ni yg hijau, kelmarin warna pink rasa 'panasss' ... ramai baca post ni?

naniasda said...

Favourite colour hijau ni.. gi mana2 mesti hijau xleh lari doh. Blog ciput mcm ni mana ramai org baco..harap ko anok branok tidak semuo hok baco jauh lagilah officemates...x reti blogging2 nih...huhu

Teh Ani said...

Petang tadi bacaannya 1918, mlm ni dah 1945, hampir 30 viewers, kalau sendiri view tak kan cepat naik ke angka ni hihihihi ... janji lepas geram nak menulis deh.

naniasda said...

sendiri view tak keep track n terima kasih from the bottom of my heart kepada semua yang sudi datang jenguk dan baca blog yang tidak seberapa ini :))

Teh Ani said...

bygkn sebelum tidur Teh tgk 1946, skrg dah 1959, ada yg baca ni. keep up the good work sis.

Daiyan's Giant Caterpillars (Part II)

                                      CEO of RapidKL's tweet inviting Daiyan to visit LRT depot...                          ...